Wednesday, January 28, 2009

Pabila DIA menipu


Aku sudah banyak kali ditipu orang. Terlalu banyak. Mungkin kerana aku kurang cerdhik maka mereka mengambil kesempatan ke atas aku. Namun aku bukan mahu menghikayatkan kisah aku. Ini kisah mereka yang mana ditipu oleh si DIA.

Si DIA aku maksudkan bukan siapa-siapa. Si DIA orang berilmu, orang beragama dan jika naik pangkat sedikit boleh jadi pewaris nabi. Si DIA aku maksudkan di sini adalah seorang ustaz.

Kisah satu:
Seorang kenalan datangnya dari seberang. Niat di hati ingin mencari rezeki di negeri orang. Dengan menggunakan visa sebagai pembantu rumah, sukar untuknya bekerja mencari rezeki tambahan. Kemmudian datanglah seorang DIA ingin menghulurkan bantuan. Katanya punya anak bekerja di JPN, bolehlah menolong sedikit sebanyak. Tapi perlu RM2k sebagai pengerasnya. Oleh kerana si DIA orang beragama, kenalan ini percaya dan membayar wang pengeras bernilai RM2k tersebut. Malangnya si DIA hilang entah ke mana, janji terbang ke awan, wang tiada jumpa. Laralah hati si kenalan. Bukan kerana wang yang hilang, tapi kerana dikhianati oleh si DIA.

Kisah dua:
Seorang kenalan tiada bertemu jodoh sehingga umurnya agak lanjut, tidaklah sampai 40-an. Datang seorang DIA ingin mengetemukan kenalan dengan seorang jejaka. Katanya datang dari keluarga baik-baik, anak orang berugama pula. Bapa dan ibu si jejaka orang kuat parti politik agama. Hati mana yang tidak rawan bila diketemukan teruna seperti itu. Maka dua mempelai disatukan. Bahagia selamanya?
Tidak. Kerana pecahlah tembelang si jejaka. Mana tidaknya, rupanya si jejaka tidak sempurna rukun islamnya, hobinya yang haram-haram belaka. Malah di rumah juga tidak selamat, mana tidaknya, ada pencuri di dalam rumah.
Kalau aku senang saja. Tamat, habis cerita. Namun kenalan sudah punya dua anak, masih kecil pula. Harus ditimbang baik dan buruk sesuatu keputusan. Kini hidup diibaratkan seperti membela buaya hidup, tidak punya faedah malah sia-sia jua.

Kesimpulannya:
Si DIA, tolonglah jangan cemar gelaran mulia itu. Kamu punya tanggungjawab yang besar, jangan kerana kamu, satu agama terpalit arang.

Kenalan 1, jangan senang-senang menghulur wang, tidak kira siapa dia. Jangan terpedaya walaupun si DIA mengeksploitasi nama tuhan dan agama

Kenalan 2, selidik bakal suami anda. Orang tengah terbukti tidak semestinya terjamin. Iman juga tidak diwarisi.

Si jejaka, sesungguhnya aku benci kamu. Jangan tipu aku CAVETRA itu ubat sakit pinggang. Aku lebih pakar.

Semoga khalayak mendapat iktibar..

5 comments:

mutiara bd said...

ush-ush takut ana baca tulisan nt kali ini.

Itulah hikmah perintah Allah "menurut keseluruhan ajaran islam" bukanya "ikut yang mana suka dan tinggal yang mana tidak suka"

Dalam kes ini, ikut yang mana suka itu 'berpenampilan seperti orang yang memahami agama'

manakala tidak ikut yang mana tidak suka 'mengkhianati amanah (orang awam dan ilmu yang dipelajari)'

Anonymous said...

kasihan..
kamu merasa,kamu menulis..
aku membaca,aku turut merasa..

moga si DIA sedar,
moga tiada lagi CAVETRA utk si jejaka

dan utk kamu,
terus menulis...

Amalina Amri said...

mutiara bd
susah nak percaya mana yang hak mana yang batil skrg ni kalau DIA pun 50-50

anon
walaupun aku bukan directly merasa, tp aku juga terasa bahangnya.
anyway klu punye idea aku akan tulis...

Anonymous said...

terima kasih kawan atas ingatan yang cukup bermanfaat ini. hebat bahasa kamu...

Amalina Amri said...

Anon
hebatkah?
aku sebenarnya tidak pandai guna bahasa romantis sebabnya aku ni comic reader.