Thursday, January 22, 2009

Limitasi


Walaupun sekejap, akhirnya aku dapat bernafas semula selepas jenuh mengharungi kelas-kelas dan report-report yang tak habis-habis (aku tak amik parenting..huhu). Untuk masa yang sekejap ni jugak aku dapat meng'adjust' semula ventilation perfusion ratio aku maka dapatla aku mengelakkan ishemic di coronary artery, di mana aku juga dapat elak angina pectoris dan seterusnya myocardiac infarction. (betul ke ape aku cakap ni)

Namun, aku terfikir, sampai mana limitasi aku. Tidak sampai setengah semester aku mula merasa semput dan blockage di saraf-saraf otak aku. Dan aku dapat rase keupayaan otak aku untuk berfikir lebih jauh seperti disekat-sekat. Kelas yang berterusan mencabar keupayaan otak aku untuk mengadaptasi untuk kelas seterusnya. Aku terpaksa shut down dan reboot otak aku supaya ada ruang untuk ilmu baru diserap. Bila belajar pula kadang-kadang minda aku merewang merentasi dimensi dan sempadan memikirkan assignment, report dan revision yang aku perlu siapkan. Ditambah pula dengan lecturer yang tiba-tiba menyerang bertalu-talu dengan soalan mautnya. Aduhai, cuak jugak la aku. Tapi takpe, biar salah sekarang, jangan salah di kemudian hari (nak sedapkan hati).

Nampaknya aku perlu install hard disk baru yang punya lebih kapasiti untuk menyimpan data-data baru dan lama. Aku perlukan software ataupun signal modifier yang dapat menganalisis data-data tersebut dan mengaitkan data antara satu sama lain. Aku juga perlukan printer (atau seumpama dengannya) yang dapat menzahirkan signal yang dikesan oleh input tranducer. Ada jualkah komponen-komponen ni kat lowyatt, ataupun kat belakang Megamall? aku juga perlukan lebih daripada 24 jam sehari (nampak sangat time management yang lemah). tapi memang mustahil seperti kata-kata Dr. Abu "You cannot create time out of no time".

Apapun, moga-moga otak aku dapat relax secukupnya cuti empat hari nanti walaupun banyak kerja yang menanti. Moga-moga aku dapat bertahan sampai ke hujung semester. Moga-moga performance aku bertambah baik walaupun terpaksa berjuang di masa yang sempit. Moga-moga titik limitasi aku masih jauh. Ape2lah.

3 comments:

Anonymous said...

Tekanan,masalah dan stress yg dihadapi oleh kita sbagai pelajar amat banyak.Sy hrp,awak tidak terlalu memikirkan ttg limitasi awak kerana ia kadang kala dipengaruhi oleh perspektif awak sendiri.
Our limitations that we have usually based on how we choose to see ourselves or how people around see us.Dont let yourself to think too much about what you are not capable of,but try to set in your mind that you can develop your limitation,you can be what you want to be if you struggle enough and no one can stop you from reaching the top (of course by God's will).So.try to belief yourself cause your belief is your limitation and if you give yourself a chance to belief,i'm sure that you gonna be surprised 2 see how amazing you r. :-)

Amin Mansor said...

same2 kita menerajui kemajuan. Memang benar 2hari lepas mindaku juga agak tercabar. Tekanan giler2 time tu. makan pun xsempat, kaki bergetar2, jantung berdebar2. nasib baik myocardial tissue dpt jgk supply oxygen from coronary artery, dpt jgk bernafas. =P

menarik entri ini. tergelak baca.hehehe

Amalina Amri said...

pu3nicx
tq for relieving and encouraging words. yes i believe i can since i live in boley land

amin
haha, lain simptom ko banding ngan aku nih. baik ko suro budak medic diagnose ko cpt2