Thursday, February 26, 2009

Yang ditunggu-tunggu



Beberapa tahun yang lepas, aku terbaca di KREKO tentang pembikinan movie ni. Aku sungguhlah teruja. Tak sabar aku nak tunggu citer ni keluar cinema. Lebih-lebih lagi movie ni hasil kerja Steven Chow dan salah seorang pelakonnya adalah Chow Yun Faat. Kebanyakan manga and anime yang diorangkan ceritanya gagal memenuhi cita rasa aku. Harap-harap kali ni, movie yang diorangkan setanding dengan prestasi manga dan anime. Waha... tak sabarnya aku..

Tuesday, February 24, 2009

Tiada yang mustahil

Baru saja pulang dari perjalanan yang jauh ku kira, banyak sekali pengalaman dan pengajaran yang aku terima. Banyak sekali motivasi dan aspirasi yang boleh aku serap dan guna pakai dalam mengharungi kehidupan seharian dan yang mendatang, lagi-lagi di masa-masa kritikal seperti sekarang. Kepenatan dan keletihan yang menggigit-gigit seperti mahu membuatkan aku putus asa dan lari dari realiti hidup. Mujurlah aku ini seorang Muslim yang punya tempat pergantungan pada Yang Esa. Terasa beban di bahu tidak seberat yang disangka. Kalau dulu di kala penat dan sengal aku masih boleh guna Menza ataupun Counter Pain. Tapi penat yang ku rasa kini bukan hanya fizikal malah mental dan rohani turut merasa lelahnya. Salah satu kata-kata azimat yang aku dapat: 'tiada apa yang mustahil'. Aku bawakan kisah mereka. Baca sendirilah, aku penat sekarang.
Baca ini dan ini.

Wednesday, February 18, 2009

Lozenges

Seperti yang pelajar-pelajar farmasi sedia maklum, lozenges adalah sejenis dosage form di mana ianya dimasukkan ke dalam mulut dan seterusnya dihisap. Untuk makluman, ia tidak megandungi disintegrant dan bahan aktifnya diincorporate into sugar base seperti sukrosa dan glukosa. Ia bertujuan untuk mengubati mulut dan juga tekak.

Kali ini apa yang aku mahu tekankan adalah bagaimana cara lozenges digunakan. Aku bawakan kisah seorang kenalan yang merupakan seorang pelajar perubatan yang namanya perlu dirahsiakan. Kisah ini berlaku pada ramadhan yang lepas. Kenalan mengadu yang dia demam dan sakit tekak dan meminta ubat daripada aku kalau ada. Aku pun cek tengok simpanan ubat. Nampaknya lozenges masih ada. Aku pun beritahu kenalan yang ubat itu adalah lozenges untuk sakit tekak.

Keesokan hari sewaktu sahur, kami makan bersama-sama. Kenalan ini pun bersiap-siap mahu makan ubat. Aku biar sajalah. Tiba-tiba:

Kawan A : Eh ko makan ubat apa tu?
Kenalan : Lozenges untuk sakit tekak, kenapa?
Kawan A : Lozenges? yang ko telan buat ape? bukan kene hisap ke?
Kenalan: Eh ye ke? apsal tak bagitau awal-awal. Mana aku tau
Aku: La.. ingatkan da tau. Kalau telan, sia-sialah makan ubat tu. Site of action dia kat tekak, bukannya perut atau usus... apalah awak ni.

Disebabkan ke'tidak tahu'an kenalan, sampai sekarang kalau ada peluang aku akan mengusik si kenalan ni.

Maka kesimpulannya, sebelum ambil apa-apa ubat pun, baca arahan dan indikasi ubat tersebut. Kalau tidak, tiada maknanya anda telan banyak-banyak tapi active ingredient tak sampai ke site of action. Maka, anda perlu ingat dan tahu yang lozenges perlulah diHISAP dan bukan diTELAN.

Tuesday, February 17, 2009

Hikmah di sebalik

Oleh kerana semalam aku tidur lebih awal daripada biasa, aku pun bangun lebih awal daripada biasa. Usai solat subuh, aku pun berkobar-kobar bersiap awal kononnya nak pergi kelas awallah. Tengah aku kalut bersiap, aku pun terlanggarlah wayar laptop. Tup! terus mati laptop nih. Aku pun biar jela. Aku pun teruslah pergi kelas, singah sekejap kat surau konon nak study sebab masih awal. Aku pun buka la laptop.

Entah apa silapnya, aku tak boleh connect ke internet kerana katanya device not detected. Aku pun pening kepala memikirkan sampai kat kelas pun tak boleh nak khusyuk. Aku terpaksa ponteng 1 kelas sebab nak balik ambil installer. Aku uninstall and install kembali, still tak boleh jugak. Aku tanya pendapat kawan-kawan. Kata mereka maybe sim card yang rosak. maka lepas habis kelas aku pun terus lah pergi Celcom Center, mengharapkan sim card la yang rosak. Di celcom center, orang yang cek nampak macam tak pro je, last-last aku sendiri mintak sim card yang elok, dan cubala pada data card aku ni. Tapi malangnya, masih tak boleh. Jadi aku simpulkan, maybe data card kot yang rosak. Perasaan aku berbaur-baur, sedih ada, bersyukur pun ada. Sedihnya bukan apa, assignment banyak nak kena buat, tapi rosak la pulak modem nih. Tapi takpelah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Nak gembirakan hati, aku pun senaraikan kebaikan disebalik kerosakan data card ni:

  1. Boleh kurangkan dosa
  2. Takde godaan yang boleh menyebabkan aku melengah-lengahkan solat
  3. Lebih banyak masa buat benda lain seperti study dan lain-lain
  4. Jimat duit
  5. Duit tu boleh aku beli komik, banyak dah aku tertinggal
  6. Boleh tidur awal
  7. Boleh ganti masa internet dengan beriadah
  8. Tak leka depan komputer lagi. komputer ni bukannya elok pun, merosakkan mata ade
Tapi still aku rasa ralat sebabnya:
  1. Lagi 2 minggu assignment nak kena hantar, terganggu la sikit
  2. Jarang la aku buka blog kelas, ape lagi nak post ape2
  3. Berkepuk la blog aku nih. maybe aku buat draft dulu, kat KOM baru aku post
Takpelah, kebaikan takde internet lebih banyak daripada kebaikan ade internet. Sebelum ni memang aku nak terminate pun, tapi tak jadi2. Mmungkin Allah nak tolong kot. Positive2.

Monday, February 16, 2009

Stupid analogy

As a pharmacist to be, I often advice my relatives about the danger of smoking. Moreover when the ulama' all around the world have already agreed that smoking is prohibited. As always, mankind tends to resist something that is not convenient to them. They always like to oppose and find excuses when the truth slaps on their face and hurts them.

This is a story regarding their resistant to accept the truth.

One of my relative aka si jejaka come up with one analogy in order to shut my mouth from criticize him. He equalizes cigarette with motorcycle where he said that even though riding motorcycle is dangerous, the parents still buy it for their children. He then compared from statistical view from unknown source of the death caused by riding motorcycle is much greater than smoking. WTF!!!

When i heard this, i was like petrified. Are you stupid or something? They don't even have things in common except they release smoke.
So here i made comparison between cigarette and motorcycle. Please don't be confused:


There are many other differences. Do think before you make stupid and nonsense argument. What you say will reflect your IQ level. And because of your low level IQ, i will look down more at you.

Sunday, February 15, 2009

His Sorrow

Jam 10 malam ibuku menelefon. Katanya sepupuku punya masalah mengisi borang on line PTPTN. kerana aku perihatin, aku pun menghubungi adik sepupuku itu.

Setelah memeriksa dan menyelidik apa yang patut, nampaknya masalah itu di luar kemampuan aku. Maka aku sarankan dia telefon saja PTPTN. Okay, selesai satu hal.

Kerana aku ambil berat, aku pun bertanyakan kehidupan barunya di Politeknik Pulau Pinang tu.

Jawapan yang kuterima agak menyedihkan aku. Katanya dia cuma makan mi segera untuk beberapa hari kerana perlu berjimat. Keadaan keluarganya yang agak susah membuatkan dia berat hati mahu meminta wang dari keluarga. Wang yang ada sekarang pun hanyalah saki baki simpanan wang gaji kerjanya semasa cuti lepas SPM. Katanya lagi dia tidak tahu dari mana harus dia cari wang jika wang tersebut habis digunakan. Peralatan tulis yang dia ada hanyalah sebatang pen dan sebatang pensel. Katanya dia berputih mata melihat kawan sebiliknya yang lebih senang, punya laptop dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, dia amat berharap permohonan pinjaman PTPTN diluluskan. Kalau tidak, dia memang tidak boleh survive.

Bila mendengar semua ini aku jadi kelu, terkedu dan mati akal. Kalau dia tak cerita, sungguh aku tak tahu. Aku mahu memberi nasihat pun rasanya tidak layak. Mana tidaknya, aku ini sangat pemboros. Tiba-tiba terbit rasa keinsafan. Aku terfikir, berapa banyak wang sudah aku bazirkan kali ini. Tentunya bukan hanya ratusan. Aku kemudiannya merasakan betapa mewahnya hidup aku selama ini. Apa yang aku mahukan pasti aku kecapi, cuma cepat atau lambat saja. Jikalau sebelum ini aku asyik melihat orang yang lebih senang, rupa-rupanya masih ada yang di bawah dan lebih susah. Aku serius menyesal beli jam baru itu. Tidak perlu pun sebenarnya. Kenapalah dia tak telefon sebelum aku beli.

Apa yang aku boleh nasihatkan padanya hanyalah bersabar. Pintalah pertolongan daripada Allah kerana sesungguhnya rezeki Allah itu sentiasa ada. Malah ujian yang DIA berikan berkadar langsung dengan keupayaan hambaNYA.
Aku katakan lagi padanya, sesungguhnya bukan senang nak senang. Untuk mendapat sesuatu, kamu perlu bayar harga yang setimpal. Dan harganya berbeza untuk setiap individu
Kukatakan lagi, kalau mampu, kurangkan peruntukan wang rokoknya. Masih ada yang lebih penting daripada asap dan api yang kamu sedut.
Dan lagi, aku minta maaf, kalau aku mampu aku tolong. Tapi aku ini pun mengharap ehsan JPA. Jadi aku cuba tolong cara lain ya.

Saturday, February 14, 2009

Cebisan Yang Hilang

still not enough

Usai saja peperiksaan, aku pastas menilai yang usaha aku masih belum cukup. Pastinya ada kekurangan di mana-mana. Aku mula mencari dan menyelidik di mana celanya. Sebelum kelas, aku sudah buat pre-study supaya pembelajaran esoknya tidak terlalu asing. Di kelas pula, aku cuba pastikan aku faham semuanya walaupun ada subjek yang perlu difahami lebih mendalam. Aku juga sudah mengulangkaji apa yang aku pelajari di dalam kelas sebelum musim peperiksaan tiba. Malah, aku cuba ungkitkan persoalan-persoalan yang perlukan kemahiran akal. Jika sempat, aku akan mencari lebih maklumat dari buku-buku rujukan. Aku juga sudah kurangkan masa aku dari 50% study buku, 50% study komik ke 80% study buku, 20% study komik. Namun, semuanya masih belum cukup. Aku bingung. Di mana kurangnya?

the missing piece

Beberapa kebarangkalian muncul di minda aku. Aku rasalah sebab utama mungkin ke'kurang bergantung'an aku pada Yang Esa. Aku akui, banyak peristiwa menyebabkan aku lebih percayakan logik daripada rohani. Aku lebih selesa pada objektif daripada subjektif. Maka aku kurang beri perhatian pada hati. Aku perlu berusaha supaya aku lebih dekat padaNYA dan lebih banyak bergantung padaNYA. Aku sedar, DIAlah penentu segala.

Aku perlu sedar usaha aku saja aku tidak akan mampu. Ada kuasa lain yang lebih besar yang menentukan. Sesungguhnya, usaha + tawakkal + doa + redha barulah ada keberkatan.

Setelah melalui pahit getir dalam seminggu ini, aku juga sedar, belajar berkumpulan lebih efektif dan lebih tahan lama. Maka aku mahu laksanakan strategi baru. Aku mahu mulakan belajar berkumpulan. Bukan aku saja dapat manfaatnya, orang lain pun terima hasilnya. Aku juga mahu mencipta kod-kod rahsia untuk subjek yang memerlukan tahap ingatan yang tinggi. aku memang fail bab hafal-menghafal ni. Dari pemerhatian dan pengalaman, cara begini lebih menyeronakkan. Oh ya, terima kasih pada pencipta-pencipta kod yang kreatif, kod anda memang membantu, tapi perlu masa nak decipher kod2 tersebut.

Moga aku terus tabah mengharungi separuh semester lagi.
Moga aku tabah menerima keputusan exam nanti.
Yang sudah berlalu biarkan berlalu, di depan banyak lagi yang menanti.

Monday, February 9, 2009

Equivalent

I came to know the principle of equivalent trade after watching FMA several years ago. The principle is quiet simple, and I believe every nations in the world has already been adaptable to the principle. Simply said, the concept is if you want something, you have to pay the price. Even an Arab saying says: man jadda wajada

Quoted from FMA:
"The principle of equivalent trade states that to gain something, you must present something of equal value"

"People cannot gain anything without sacrifices"

"We cannot create something from nothing"

"You can only create something of a certain mass from the same mass"

"A person cannot gain something without losing something"

Even if we recall what we learned from secondary school, physic and chemistry also apply this law. For example in conservation of energy and stoicheomistry. It can also be called as the the law of conservation.

However, there are some cases where this law doesn't apply. As the law said you pay for what you gain, it also means you gain something after you pay. But it is strange that some people has to pay more than the others but in the end, he doesn't gain anything in return.

Just think about examination, people make efforts to pass the exam but some still don't get as much as what they pay. The achievement between people is also different even though they pay the same price.Take another example, JPA scholarship to oversea, many students applied but only few can pass. Why is that so?

Does it mean there is no fairness in this world? So why bother struggling if in the end you end up with nothing? What's the point of reading if you end up forgetting at time in need?

Bila fikir-fikir, ni yang malas aku nak study nih.... Urgh.. 5 days to go..

Monday, February 2, 2009

Hiatus



I'm so relief after I have successfully finished reading Hunter X Hunter. That means, there will be no distraction during mid semester exam. As Hunter X Hunter is still undergoing hiatus since December 2008, I decided to be on hiatus state for some time.

My convictions:
  1. No Onemanga
  2. No Mangafox
  3. No games
  4. No loitering
  5. Spend time to the fullest for exam
  6. Never give up
*habis exam, aku mula semula

My hopes:
  1. Moga aku tenang walau kalut
  2. Moga aku sihat walau tenat
  3. Moga aku sabar walau ribut
  4. Moga aku bangun walau rebah
  5. Moga aku celik walau pejam
Khalayak,
Jika ada kelancangan,
Jika ada kesalahan,
Jika ada kekurangan,
Jika ada kecacatan...

Maafku pinta, kerna aku manusia juga. Hahaha

p.s: Da nak exam, baru nak mintak maaf.

Sunday, February 1, 2009

Kebagusan

Walaupun exam sudah dekat, aku masih sempat melayan komik Hunter X Hunter. Yang susahnya, bila sudah mula baca, memang susah nak berhenti. Lagi-lagi bila internet ni laju je. Bagi aku yang minat hasil karya Yoshihiro Togashi ni, komik dia memang serius best, walaupun lukisan dia macam lakaran saje. Tengah aku asyik membaca, satu dialog menarik perhatian aku:

Jadi, pilihlah pemimpin yang bagus kerana pemimpin yang bagus akan membawa kepada kebagusan.

Urh.. sesape, tolong stopkan aku. tangan aku meng'click' secara automatik. tak boleh nk kawal..