Tuesday, February 17, 2009

Hikmah di sebalik

Oleh kerana semalam aku tidur lebih awal daripada biasa, aku pun bangun lebih awal daripada biasa. Usai solat subuh, aku pun berkobar-kobar bersiap awal kononnya nak pergi kelas awallah. Tengah aku kalut bersiap, aku pun terlanggarlah wayar laptop. Tup! terus mati laptop nih. Aku pun biar jela. Aku pun teruslah pergi kelas, singah sekejap kat surau konon nak study sebab masih awal. Aku pun buka la laptop.

Entah apa silapnya, aku tak boleh connect ke internet kerana katanya device not detected. Aku pun pening kepala memikirkan sampai kat kelas pun tak boleh nak khusyuk. Aku terpaksa ponteng 1 kelas sebab nak balik ambil installer. Aku uninstall and install kembali, still tak boleh jugak. Aku tanya pendapat kawan-kawan. Kata mereka maybe sim card yang rosak. maka lepas habis kelas aku pun terus lah pergi Celcom Center, mengharapkan sim card la yang rosak. Di celcom center, orang yang cek nampak macam tak pro je, last-last aku sendiri mintak sim card yang elok, dan cubala pada data card aku ni. Tapi malangnya, masih tak boleh. Jadi aku simpulkan, maybe data card kot yang rosak. Perasaan aku berbaur-baur, sedih ada, bersyukur pun ada. Sedihnya bukan apa, assignment banyak nak kena buat, tapi rosak la pulak modem nih. Tapi takpelah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Nak gembirakan hati, aku pun senaraikan kebaikan disebalik kerosakan data card ni:

  1. Boleh kurangkan dosa
  2. Takde godaan yang boleh menyebabkan aku melengah-lengahkan solat
  3. Lebih banyak masa buat benda lain seperti study dan lain-lain
  4. Jimat duit
  5. Duit tu boleh aku beli komik, banyak dah aku tertinggal
  6. Boleh tidur awal
  7. Boleh ganti masa internet dengan beriadah
  8. Tak leka depan komputer lagi. komputer ni bukannya elok pun, merosakkan mata ade
Tapi still aku rasa ralat sebabnya:
  1. Lagi 2 minggu assignment nak kena hantar, terganggu la sikit
  2. Jarang la aku buka blog kelas, ape lagi nak post ape2
  3. Berkepuk la blog aku nih. maybe aku buat draft dulu, kat KOM baru aku post
Takpelah, kebaikan takde internet lebih banyak daripada kebaikan ade internet. Sebelum ni memang aku nak terminate pun, tapi tak jadi2. Mmungkin Allah nak tolong kot. Positive2.

No comments: