Wednesday, February 18, 2009

Lozenges

Seperti yang pelajar-pelajar farmasi sedia maklum, lozenges adalah sejenis dosage form di mana ianya dimasukkan ke dalam mulut dan seterusnya dihisap. Untuk makluman, ia tidak megandungi disintegrant dan bahan aktifnya diincorporate into sugar base seperti sukrosa dan glukosa. Ia bertujuan untuk mengubati mulut dan juga tekak.

Kali ini apa yang aku mahu tekankan adalah bagaimana cara lozenges digunakan. Aku bawakan kisah seorang kenalan yang merupakan seorang pelajar perubatan yang namanya perlu dirahsiakan. Kisah ini berlaku pada ramadhan yang lepas. Kenalan mengadu yang dia demam dan sakit tekak dan meminta ubat daripada aku kalau ada. Aku pun cek tengok simpanan ubat. Nampaknya lozenges masih ada. Aku pun beritahu kenalan yang ubat itu adalah lozenges untuk sakit tekak.

Keesokan hari sewaktu sahur, kami makan bersama-sama. Kenalan ini pun bersiap-siap mahu makan ubat. Aku biar sajalah. Tiba-tiba:

Kawan A : Eh ko makan ubat apa tu?
Kenalan : Lozenges untuk sakit tekak, kenapa?
Kawan A : Lozenges? yang ko telan buat ape? bukan kene hisap ke?
Kenalan: Eh ye ke? apsal tak bagitau awal-awal. Mana aku tau
Aku: La.. ingatkan da tau. Kalau telan, sia-sialah makan ubat tu. Site of action dia kat tekak, bukannya perut atau usus... apalah awak ni.

Disebabkan ke'tidak tahu'an kenalan, sampai sekarang kalau ada peluang aku akan mengusik si kenalan ni.

Maka kesimpulannya, sebelum ambil apa-apa ubat pun, baca arahan dan indikasi ubat tersebut. Kalau tidak, tiada maknanya anda telan banyak-banyak tapi active ingredient tak sampai ke site of action. Maka, anda perlu ingat dan tahu yang lozenges perlulah diHISAP dan bukan diTELAN.

No comments: