Sunday, January 25, 2009
Dunia baru
Sedang aku sibuk membuang masa melayan internet, aku terdengar bunyi ombak malam yang berderu-deru dari arah pantai yang jaraknya tak sampai 5 minit. Suasana yang aku rasakan sangatlah asing bagi aku yang dari kecil tinggal di selangor. Kalau di Selangor, pantai terdekat pun adalah Pantai Dalam. Baru aku tersedar, dah jadi budak pantai rupanya aku ni.
Aku pun mula mencari perbezaan antara kehidupan aku dulu dan sekarang. Kalau dulu aku asyik terperuk di rumah melayan tv dan komputer kerana tak kenal jiran sekeliling, kini aku dikelilingi dengan adik-adik saudara yang masih kecil. Senang saja nak pilih mana satu aku nak buli. Kalau dulu aku berbelanja di Midvalley, Times Square dll, kini aku berbelanja di Mydin dan Giant (yang paling besar kat Terengganu tau). Kalau dulu aku makan keropok lekor yang penuh dengan tepung, kini keropok lekor yang aku jamah adalah pure kepok terengganu. Kalau rasa nak mandi laut, jalan saja 5 minit dah boleh terjun laut. Kalau difikirkan memang banyak lagilah yang berbeza. Ada yang lagi bagus, ada jugak yang kureng.
Apapun, kadang-kadang perubahan itu perlu untuk meneruskan hidup. Walaupun kita rasa tak seronok, tak suka tapi sebenarnya Allah lagi tahu. Apa yang kita rasakan baik untuk kita, tak semestinya baik bagi pandangan Allah, begitula jugak sebaliknya. Terokailah dunia baru itu, mana tahu, mungkin ada udang di sebalik mi (maksud aku bukan musuh dalam selimut tapi mutiara dalam kerang)- betul ke analogi aku nih.
Ps: baru saja bincang dengan kawan aku pasal Illuminati dan New world Order. Menarik tapi betul ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Illumaniti diperkenalkan oleh orang kristian orthodoks..
Boleh jadi betul, boleh jadi salah..
Keperluan berbincang mengenainya tidaklah sepenting kita membincangkan kefahaman islam dalam masyarakat.
Pengajaran yang penting dari pengetahuan kita mengenai illumaniti adalah:
Umat Islam mesti benar-benar berpegang teguh dengan ajaran dan panduan yang telah Allah s.w.t gariskan.
Maka, tiada siapa yang dapat mengalahkan kita kecuali dengan izin Allah s.w.t.
Post a Comment