"Kalau saya ingat saya akan lupa
Kalau saya tahu dan faham saya takkan tak tahu dan takkan tak faham"

Daripada dahulu lagi aku lebih percaya yang memahami sesuatu adalah lebih efektif dan bermakna daripada mengingati sesuatu. Namun, harus aku akui untuk memahami bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak usaha yang perlu dilakukan supaya sesuatu itu dirasakan logik dan masuk akal. Antaranya adalah banyakkan membaca dan meminta tunjuk ajar daripada guru. Dan dalam proses memahami sesuatu pasti ada topik yang susah difahami. Maka supaya proses pembelajaran berjalan lancar bertanyalah pada guru supaya tidak sesat di kemudian hari. Seperti peribahasa "malu bertanya sesat jalan".
Cuba anda bayangkan, apa rasanya seorang guru itu apabila dia tidak mendapat respons daripada muridnya. Mungkin dia berfikir "ah, sudah bijak rupanya" ataupun "tidak berminat agaknya" ataupun "faham ke tidak diorang ni". Maka, kadangkala untuk menunujukkan hormat pada seorang guru, bertanyalah ataupun berikan respons apabila ditanya. Mungkin ucapan "very good" daripada seorang guru itu merupakan satu doa. bukan itu saja, ia juga boleh memotivasikan diri kita untuk lebih rajin lagi.
Cuba bayangkan lagi, apakah rasanya belajar di dalam suasana yang sangat bosan dengan syarahan guru yang tidak habis-habis, di dalam bilik yang sejuk pula. Pasti ada saje kawan-kawan yang sudah menguap malah anda sendiri mungkin menguap sekali. Seperti kata-kata orang, menguap ni berjangkit. Bukankah lebih bagus jika kita meriahkan sikit suasana belajar, bukan nak tunjuk kita ni pandai. Cuma usaha kita supaya kelas tidaklah suram seperti tiada orang. Malah, bukankah komunikasi dua hala adalah lebih bermakna.
Mungkin anda perasan, di kalangan anda ade golongan yang berbeza. Selalunya yang berbeza ini selalu dicemuh dan dikata-kata. Namun tak semestinya yang berbeza itu tidak baik. Malah juga ada yang tidak baik pada orang yang berbeza ini. Jadi, apa salahnya kita lupakan yang tidak baik, ambil yang baik. Mereka juga manusia, tak gitu?. Mungkin yang berbeza ini cuba menghidupkan atau mencipta sesuatu yang berbeza, kalau ianya baik dan bermanfaat, tak salah bukan?.
Aku ada azam sebenarnya. Aku mahu buktikan yang faham itu lebih bagus daripada ingat, mungkin bukan pada dunia, skurang-kurangnya pada diri aku sendiri. Bukan apa, aku tak gemar melihat orang mencapai markah yang tinggi tapi sebenarnya kosong, zero, tiada apa2. Mungkin jika kamu masih ingat dan faham kate2 Dr. kausar yang mafhumnya: ramai student graduate dengan certificatenya penuh dengan As tetapi apelah gunenye sekiranya semuanya bernilai ASS... fikir-fikirkan

No comments:
Post a Comment