Baru-baru ini aku ditimpa ujian dari Ilahi. Sungguh aku kelu dan terkedu, tapi aku cuba gagahkan diri, cuba menahan air mata dari membasahi pipi. Namun segagah-gagah aku cuba berdiri, hatiku tak mahu menyepi, terus membisik-bisik, berdesir-desir membuat aku merasa gundah di hati. Aku sebenarnya sudah puas, sudah rentan diuji begini. Namun aku masih mahu cuba menyelami hikmah di sebalik yang terjadi. Aku cuba mencari punca, cuba mencari sebab mengapa aku diuji.
Mungkin Allah masih menyayangi, mungkin banyak yang perlu dibaiki, banyak yang perlu diubati. Aku akui, mungkin aku terlalu ikuatkan duniawi. apa yang kumahu, semua kan kuperolehi. Namun, mungkinku alpa, jadi Allah mahu kusedari, hidup di dunia bukanlah hakiki.
"Experience is the best teacher".Selagi kita tak mengalaminya sendiri, kita takkan menghargai, kita takkan memahami. Bukan tidak pernah ku ketahui, sebelum ni banyak sudah yang terjadi. Namun, ku hanya sekadar mampu mendengar, hanya mampu bersimpati. Tapi pabila kita sendiri mengalami, baruku tahu, betapa perit yang perlu ditempuhi. Tapi, selain denau yang harus kulangkahi, aku juga peroleh pengajaran yang takkan kulupa sampai mati.
Sabar dan RedhaHidup takkan sepi dari diuji. Satu demi satu harus kita lalui. Namun, aku tahu dan percaya, DIA menguji hambaNYA dengan ujian yang pasti mampu dihadapi, untuk melihat seteguh mana iman di hati. Jadi, untuk menerima ganjaran dan kasih dari Ilahi, sabar dan redha harus dimiliki. Usah dikeluh usah dirintih lagi, sungguh Allah sentiasa disisi.
MuhasabahKadangkala, musibah diberi untuk diteliti. Adakah kita masih di landasan yang hak, atau sudah tersimpang jauh dari Ilahi. Jika kita perhati dan muhasabah kembali, kita pasti dapat jawapan yang dicari. Maka dapatlah kita memperbaiki diri dan tidak mengulanginya kembali.
Masih sayangDi dunia serba moden ini, kadangkala kita terlalu busy, hinggakan kita jauh dari Ilahi. Jadi ditimpakanNYA ujian berkali-kali, menyedarkan kita, pada siapa harus ku taruh harapan, ku pinta sokongan. Maknanya Allah sayangkan kita, tidak mahu kita terus tenggelam dengan noda.
Sesuai dengan diriNilai harta berbeza-beza untuk setiap insani. Jika Allah mahu menguji, sudah pasti berdasarkan kepentingan harta dimiliki. Jadi usah dipertikai lagi mengapa aku diuji seberat ini.
Hanyalah pinjamanKecewa dirasa pabila harta lesap dari mata.Rasa tak keruan tidak terhingga. Sudah-sudahlah, itu sebenarnya bukan milik kita. Ianya hanyalah pinjaman semata dari yang ESA. Jadi, janganlah terlalu berputih mata, bermuram durja. Tuan empunya hanya meminjam sahaja, tiba masa kita pulangkanlah semula.
Sedari kecil sudah kuterapkan kata-kata ini:
" jika kau rasakan masalahmu terlalu berat, sesungguhnya masih ada insan yang masalahnya berkali ganda lagi berat" - Kak Irma
"Apa yang terbaik pada pandangan kita tak sebenarnya baik pada pandangan Allah"
Dari majalah mingguan wanita
"setelah berlapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan.
Setiap yang hilang ada pengganti, dalam kesulitan ada kemudahan, setiap kegelapan ada terang benderang, dan setiap pengorbanan ada ganjarannya. Hanya masa yang menentukan kerana Allah mahu menguji tahap kesabaran dan keimanan kita"
See, duhai hati, sesungguhnya jadi Muslim itu tidak rugi. Walau setajam mana jalanan berduri harus dilalui, percayalah Allah sentiasa memerhati dan sentiasa di sisi. Jika iman tebal di jiwa, insyaAllah ada ganjaran untuk kita.