
Aku sudah banyak kali ditipu orang. Terlalu banyak. Mungkin kerana aku kurang cerdhik maka mereka mengambil kesempatan ke atas aku. Namun aku bukan mahu menghikayatkan kisah aku. Ini kisah mereka yang mana ditipu oleh si DIA.
Si DIA aku maksudkan bukan siapa-siapa. Si DIA orang berilmu, orang beragama dan jika naik pangkat sedikit boleh jadi pewaris nabi. Si DIA aku maksudkan di sini adalah seorang ustaz.
Kisah satu:
Seorang kenalan datangnya dari seberang. Niat di hati ingin mencari rezeki di negeri orang. Dengan menggunakan visa sebagai pembantu rumah, sukar untuknya bekerja mencari rezeki tambahan. Kemmudian datanglah seorang DIA ingin menghulurkan bantuan. Katanya punya anak bekerja di JPN, bolehlah menolong sedikit sebanyak. Tapi perlu RM2k sebagai pengerasnya. Oleh kerana si DIA orang beragama, kenalan ini percaya dan membayar wang pengeras bernilai RM2k tersebut. Malangnya si DIA hilang entah ke mana, janji terbang ke awan, wang tiada jumpa. Laralah hati si kenalan. Bukan kerana wang yang hilang, tapi kerana dikhianati oleh si DIA.
Kisah dua:
Seorang kenalan tiada bertemu jodoh sehingga umurnya agak lanjut, tidaklah sampai 40-an. Datang seorang DIA ingin mengetemukan kenalan dengan seorang jejaka. Katanya datang dari keluarga baik-baik, anak orang berugama pula. Bapa dan ibu si jejaka orang kuat parti politik agama. Hati mana yang tidak rawan bila diketemukan teruna seperti itu. Maka dua mempelai disatukan. Bahagia selamanya?
Tidak. Kerana pecahlah tembelang si jejaka. Mana tidaknya, rupanya si jejaka tidak sempurna rukun islamnya, hobinya yang haram-haram belaka. Malah di rumah juga tidak selamat, mana tidaknya, ada pencuri di dalam rumah.
Kalau aku senang saja. Tamat, habis cerita. Namun kenalan sudah punya dua anak, masih kecil pula. Harus ditimbang baik dan buruk sesuatu keputusan. Kini hidup diibaratkan seperti membela buaya hidup, tidak punya faedah malah sia-sia jua.
Kesimpulannya:
Si DIA, tolonglah jangan cemar gelaran mulia itu. Kamu punya tanggungjawab yang besar, jangan kerana kamu, satu agama terpalit arang.
Kenalan 1, jangan senang-senang menghulur wang, tidak kira siapa dia. Jangan terpedaya walaupun si DIA mengeksploitasi nama tuhan dan agama
Kenalan 2, selidik bakal suami anda. Orang tengah terbukti tidak semestinya terjamin. Iman juga tidak diwarisi.
Si jejaka, sesungguhnya aku benci kamu. Jangan tipu aku CAVETRA itu ubat sakit pinggang. Aku lebih pakar.
Semoga khalayak mendapat iktibar..