Saturday, December 27, 2008

Malu weh

Sempena krismas baru-baru ni, aku teringat satu pengalaman aku waktu belajar di matric UIA PJ. Disebabkan aku belajar subjek 'Religions in Malaysia', aku dan beberapa member yang lain telah terpilih untuk pergi melawat gereja. Menggunakan link yang ade, aku telah mendapat kebenaran untuk melawat Saint Xavier's Church yang lokasinya dekat je dengan UIA PJ tu. Sepanjang lawatan aku ke sana, parish priest di situ dengan baiknya memperkenalkan aku dengan seorang brother yang akan mengusher kitorang. Disebabkan brother ni orang sabah dan belajar di Indonesia, die bolehla bertutur Bahasa Malaysia = Bahasa Melayu dengan baik. Legala jugak waktu tu sebabnya aku memang kureng Bahasa Inggeris nih. Banyakla perkara baru yang aku belajar kat sana. Pengunjung-pengunjung gereja tu pula sangatlah over peramah. Aku terpikir kalaula orang islam dan masjid punya sikap mesra pelanggan camni, kan bagus.

Waktu tu, aku berpeluang tengok ritual-ritual keagamaan mereka ataupun dipanggil sacraments iaitu mass di mana dalam ritual ni, roti akan dicelup ke dalam wain mewakili daging dan darah Jesus. Ritual lain yang aku tengok adalah baptism dan confirmation.

Lepas tengok semua tu, brother ni pun cerita la 1 peristiwa di Rom tentang Eucarist ataupun Mass di mana roti dan wain tersebut betul-betul bertukar menjadi daging dan darah dan sampai sekarang masih disimpan dalam muzium kat sana. Yang kelakarnya, brother ni cerita pulak yang darah tersebut apabila dicek, keputusannya adalah darah jenis AB.
Dia pula dengan yakinnya bertanya kat aku, "takde kan darah manusia jenis AB?".
Aku pun senyum jela. Nak jawab ade, takut memalukan die, nak kate takde bagi ajaran palsu la pulak. Hehe, dilema aku sebentar.

Jadi kesimpulannya, walaupun kite nak impress orang lain dengan cerita kita, fakta mesti betul, logik dan scientifically tepat. Kalau kite main tibai je cerita kat orang lain, tak ke malu. Bukan kite je yang malu, agama sendiri pun kene tempias sekali.

Lagi satu kalau kite nak goreng sekali pun, tengok target jugak. Kalau target tu budak sains, tak payahla goreng pasal sains, goreng la pasal benda lain.

Ape pun, aku sebenarnya amatla berterime kasih pada yang terlibat waktu tu. Kalau takde diorang, tak siap kerja kursus aku tuh.




Roti dan wain yang disebut2. 1st time tgk roti tu aku ingatkan gabus


Baby ini sedang dibaptize dengan holy water. Adela terpercik sikit kt aku time amik gambar ni. Tp aku still Muslim ok.

3 comments:

mutiara bd said...

Best nya pengalaman nt. Kesimpulan nya, kalau fasal agama jangan goreng, makanan aje yg boleh digoreng..

Goreng fasal agama sesuka hati nanti kena "goreng tanpa minyak" d akhirat..

Anonymous said...

bcoz of my brilliant comment, ko da start update slalu. bgus2.

Amalina Amri said...

my super perasan sis,
soon i will post something u might want to see.
juz wait, you'll be happy smpai pecah tenia coli kot and beterabur epiploic appendages. ligamentum arteriosus ko mungkin tercabut. so berhati-hati la ye.