Tuesday, December 30, 2008

enteric coated

Enteric Coated tablet seperti mana yang diketahui oleh pelajar farmasi adalah tablet yang mana disalut supaya tidak dihadam di perut tetapi hadam di usus untuk mengelakkan ubat itu dimusnahkan oleh gastrik jus. (susahnya nak terjemah dalam bahasa Malaysia). Di sini ingin aku ceritakan kisah adikku yang ada kena-mengena dengan enteric coated tablet ni.

Sejak 3 tahun yang lepas, adik bongsuku yang mengalami down syndrome mengalami perubahan tingkah laku yang amat ketara. Cikgunya memberitahu aku yang mungkin adikku mengalami autism iaitu kecenderungan seseorang untuk tinggal dalam dunianya sendiri dan gagal berhubung dengan dunia luar.

Antara perubahan tersebut adalah ketawa sorang2 dan tanpa sebab, perbuatan yang berulang-ulang dan kadangkala hyperaktif. Tetapi perubahan yang paling ketara adalah apabila dia mengalami stress selalunya disebabkan perkara yang remeh seperti lama menunggu aku membeli-belah, lama menunggu pesanan makanan sampai dan tidak dapat apa yang diingini seperti KFC dia akan terkena sesuatu simptom yang aku sendiri sukar nak jelaskan. Apa yang boleh aku gambarkan adalah matanya kelihatan tidak fokus dan dia tidak dapat berkomunikasi dengan keadaan sekeliling. Selalunya dia akan kembali normal selepas bangun daripada tidur. dan oleh kerana itu, ibuku terpaksa menggunakan Diazepam Desitin supaya dia cepat tidur. Kami sekeluarga menggelar simptom itu sebagai 'sawan' kerana tidak tahu terminologi yang lebih sesuai.

Namun apabila dibawa ke hospital, doktor telah menggunakan MRI scan ataupun CT scan ( aku tidak pasti yang mana satu) untuk mengesan adakah adik aku mengalami sawan. Tetapi keputusannya adalah negatif. Semenjak daripada itu, doktor membekalkan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk adikku itu, antaranya adalah Risperdal dan Epilim.

Balik kepada topik asal, apa yang mahu aku sampaikan adalah tentang Epilim. Menurut MIMS, Epilim adalah ubat untuk general epilepsi, separa epilepsi dan bipolar disorder. Disebabkan payah nak terjemahkan, aku sambung dengan bahasa inggerislah.

Epilim is available in form of enteric and chrono tablet and must be swallowed whole, not be chewed or crushed.

Disinilah bermulanya segala persoalan kerana arahan doktor tersebut adalah makan separuh daripada tablet tersebut, dimana tablet ungu itu harus dibelah separuh dan padaku ini akan menghilangkan fungsi enteric coated pada tablet itu. Setelah belajar tentang enteric coated tablet, aku berasa pelik dengan arahan doktor tersebut dan pergi berbincang dengan lecturer yang mahir dengan dosage design. Dia telah mengesahkan keraguan aku dan katanya tiada sebarang pharmacology activity berlaku kerana kandungan tablet itu telah dihadam di dalam perut. Maka maksudnya, sia-sialah adikku menelan ubat siang dan malam dan membazirlah duit petrol ibuku berulang-alik dari rumah ke hospital. maka disini aku menyalahkan doktor yang tidak tahu bagaimana ubat bertindak di dalam badan dan juga pharmacist yang tidak menasihatkan doktor tersebut.

Jadi kesimpulannya, seorang doktor itu haruslah prihatin tentang dosage design yang ada di hospital tersebut. Dan ini juga bermakna peranan pharmacist adalah sangat penting. Kedua-dua entiti ini haruslah bekerjasama supaya objektif medication itu tercapai. Sudah-sudahlah bertelagah tentang siapa yang memainkan peranan yang lebih penting kerana tanpa salah satu daripada dua profesion tersebut, pincanglah health care system. Serahkan saja pada yang pakar, kan senang.





Inilah epilim yang adik aku telan hari-hari sampai sekarang

8 comments:

Anonymous said...

weh ko da bgtau mak blom? ad gak dr nk kne ngam nih!

Anonymous said...

by the way, tenia coli ak still ok n my ligamentum arteriosus ak still right at the place. tp ak dpt kesan limbic association complex n hypotalamus ak da b'tindak nyebabkan ak bengkek gler. cai autism? bia btol?

Anonymous said...

sori ar byk sgt comment. tp kan, "Epilim is available in form of enteric and chrono tablet and must be swallowed whole, not be chewed or crushed.."

ble ak cek blik, available tu means ade je dlm btul laen kn? yg enterik coated ex Epilim EC200. there're still Epilim crushable tablet, intravenous injection n Epilim Syrup. u know anything bout that? explain in more detail. it's unclear.

Amalina Amri said...

ya, aku memang maklum dengan kewujudan dosage form yan lain. tetapi ape yang ak critekan adalah menurut MIMS di mana merupakan drug formulary untuk ubat-ubatan yang ada di Malaysia. dan ape yang aku critakan di sini adalah specific ubat yang Cai gune di mana di kotak Epilim itu jelas ejaannya dan juga makhraj sebutannya iaitu ENTERIC COATED.

disebabkan aku belum belajar dosage design, aku bagitau ape yang aku tau sajala. crushable tablet maksudnya boleh dicrushlah. intravenous injection pula suntikan melalui IV lah yang mana tidak perlu melalui elementary tract, so tidak akan dimusnahkan oleh gastric jus.

kadangkala sesuatu ubat itu di-enteric coatedkan untuk control release supaya toxicity boleh dielakkan dan juga penyerapan active ingredient belaku di tempat yang kehendaki seperti duodenum dan sebagainya.

aku da bagitau, tp x gune juga kerana kita kan dah pindah t'ganu. lagi pula, sekarang dos Cai dah naik kepada 3 biji. so skrg berlakulah pharmacological aktivity dan pharmacological effect.

maaflah, bahasa aku macam rojak mamak sebab aku tak reti nak terjemah dalam bahasa melayu.

Anonymous said...

Hmm..individu mcm adik kamu tuh sbnrnye..mmg istimewa. Mmg biase mereka berada dlm dunia sendiri, kurang memberi tumpuan, learning disorder and mata yg meliar (means, x dpt fokus pd sesuatu terlalu lama), and cepat bosan dgn sesuatu.

Pas2, psl sawan..actually sawan menjadikan otot seseorang tu tiba2 kejang keseluruhannya. Kaki dan tgn menjadi lurus, buih keluar dr mulut and tubuh jadi sgt keras dan tubuh menggeletar.

And..about hyperactivity, cuba research on Attention deficit and hyperactivity disorder (ADHD). Mungkin membantu.

So..jgn bimbang. Lame2 akan biase Okayh! Take the best care of ur lil bro.

Amalina Amri said...

thanks shamel
ya, sawan yang aku tau memang lain dari yang adik aku kne, sbb itulah bile aku crite kat org, aku kne describe panjang.

namun, yang aku critekan hanyalah sedikit daripada perubahan yang berlaku. mungkin aku akan crite lagi di lain masa.

anyway, thanks for ur concern.

Anonymous said...

hurm..
lame dah xdgr crite psl adek awk yg sorg nih..
so skrg cai stil makan enteric coated tu ke x?ape pharmacological effects nye?

-iqaLias-

Amalina Amri said...

actually, kami xnmpk ape2 effect pun bile die mkn ubat tu. xde improvement ape2 pun. so my mum stopkan skjp. tp tgk ok j xmkn ubat, cume kne jg2 jgn bg die tension j.