Friday, December 5, 2008

LEMBAP betul

Monsun timur laut yang melanda pantai timur menyebabkan hujan turun dengan tidak henti-henti. Ini mengakibatkan banyak kawasan dilanda banjir termasuklah kawasan tempat tinggal aku di terengganu. Menurut ibuku, sudah berpuluh tahun banjir sebegitu tidak berlaku. Mujurlah aku tinggal di kawasan pantai di mana air bertakung diserap semula oleh pasir dengan jayanya. Namun, tidak semua bertuah seperti aku. Ada rumah yang masih dibanjiri air dan lantas merosakkan landskap rumah, perabot dan juga kenderaan mereka. Semua ini menyebabkan suasana dan persekitaran yang LEMBAP dirasai.

Dakwa penduduk setempat, banjir berlaku kerana kerja-kerja meluaskan lapangan terbang berdekatan yang menyekat laluan air. Ini menyebakan banjir berlaku di tempat yang tidak diduga dan telah menyebabkan orang atasan mengambil tindakan mengorek tanah untuk membuat parit untuk laluan air. Maka aku berkata "LEMBAP betul. dah abis banjir baru nak korek." Macam biasa, sudah terhantuk baru terngadah.

Aku juga mahu merujuk perkataan LEMBAP ini kepada orang yang buat rumah aku. Walaupun aku amat berterima kasih kepada beliau kerana membuat rumah aku, tapi aku harus akui memang LEMBAP dia buat kerja. Pada perkiraan aku, rumah aku takkan siap Disember ini. Bilalah aku nak merasa duduk di rumah baru.

LEMBAP juga boleh didefinisikan untuk seseorang yang agak lambat 'pick up'. Selalunya khalayak akan mengata orang tersebut "LEMBAP ar ko ni".

Kesimpulannya, suasana LEMBAP memang tidak selesa langsung.

No comments: