Enteric Coated tablet seperti mana yang diketahui oleh pelajar farmasi adalah tablet yang mana disalut supaya tidak dihadam di perut tetapi hadam di usus untuk mengelakkan ubat itu dimusnahkan oleh gastrik jus. (susahnya nak terjemah dalam bahasa Malaysia). Di sini ingin aku ceritakan kisah adikku yang ada kena-mengena dengan
enteric coated tablet ni.
Sejak 3 tahun yang lepas, adik bongsuku yang mengalami
down syndrome mengalami perubahan tingkah laku yang amat ketara. Cikgunya memberitahu aku yang mungkin adikku mengalami autism iaitu kecenderungan seseorang untuk tinggal dalam dunianya sendiri dan gagal berhubung dengan dunia luar.
Antara perubahan tersebut adalah ketawa sorang2 dan tanpa sebab, perbuatan yang berulang-ulang dan kadangkala hyperaktif. Tetapi perubahan yang paling ketara adalah apabila dia mengalami
stress selalunya disebabkan perkara yang remeh seperti lama menunggu aku membeli-belah, lama menunggu pesanan makanan sampai dan tidak dapat apa yang diingini seperti KFC dia akan terkena sesuatu simptom yang aku sendiri sukar nak jelaskan. Apa yang boleh aku gambarkan adalah matanya kelihatan tidak fokus dan dia tidak dapat berkomunikasi dengan keadaan sekeliling. Selalunya dia akan kembali normal selepas bangun daripada tidur. dan oleh kerana itu, ibuku terpaksa menggunakan
Diazepam Desitin supaya dia cepat tidur. Kami sekeluarga menggelar simptom itu sebagai 'sawan' kerana tidak tahu terminologi yang lebih sesuai.
Namun apabila dibawa ke hospital, doktor telah menggunakan MRI scan ataupun CT scan ( aku tidak pasti yang mana satu) untuk mengesan adakah adik aku mengalami sawan. Tetapi keputusannya adalah negatif. Semenjak daripada itu, doktor membekalkan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk adikku itu, antaranya
adalah Risperdal dan
Epilim.
Balik kepada topik asal, apa yang mahu aku sampaikan adalah tentang Epilim. Menurut MIMS,
Epilim adalah ubat untuk general epilepsi, separa epilepsi dan
bipolar disorder. Disebabkan payah nak terjemahkan, aku sambung dengan bahasa inggeris
lah.
Epilim is available in form of enteric and chrono tablet and must be swallowed whole, not be chewed or crushed. Disinilah bermulanya segala persoalan kerana arahan doktor tersebut adalah makan separuh daripada tablet tersebut, dimana tablet ungu itu harus dibelah separuh dan padaku ini akan menghilangkan fungsi
enteric coated pada tablet itu. Setelah belajar tentang
enteric coated tablet, aku berasa pelik dengan arahan doktor tersebut dan pergi berbincang dengan
lecturer yang mahir dengan dosage design. Dia telah mengesahkan keraguan aku dan katanya tiada sebarang
pharmacology activity berlaku kerana kandungan tablet itu telah dihadam di dalam perut. Maka maksudnya, sia-sialah adikku menelan ubat siang dan malam dan membazirlah duit petrol ibuku berulang-alik dari rumah ke hospital. maka disini aku menyalahkan doktor yang tidak tahu bagaimana ubat bertindak di dalam badan dan juga
pharmacist yang tidak menasihatkan doktor tersebut.
Jadi kesimpulannya, seorang doktor itu haruslah prihatin tentang
dosage design yang ada di hospital tersebut. Dan ini juga bermakna peranan
pharmacist adalah sangat penting. Kedua-dua entiti ini haruslah bekerjasama supaya objektif
medication itu tercapai. Sudah-sudahlah bertelagah tentang siapa yang memainkan peranan yang lebih penting kerana tanpa salah satu daripada dua profesion tersebut, pincanglah
health care system. Serahkan saja pada yang pakar, kan senang.


Inilah epilim yang adik aku telan hari-hari sampai sekarang