Tuesday, December 30, 2008

enteric coated

Enteric Coated tablet seperti mana yang diketahui oleh pelajar farmasi adalah tablet yang mana disalut supaya tidak dihadam di perut tetapi hadam di usus untuk mengelakkan ubat itu dimusnahkan oleh gastrik jus. (susahnya nak terjemah dalam bahasa Malaysia). Di sini ingin aku ceritakan kisah adikku yang ada kena-mengena dengan enteric coated tablet ni.

Sejak 3 tahun yang lepas, adik bongsuku yang mengalami down syndrome mengalami perubahan tingkah laku yang amat ketara. Cikgunya memberitahu aku yang mungkin adikku mengalami autism iaitu kecenderungan seseorang untuk tinggal dalam dunianya sendiri dan gagal berhubung dengan dunia luar.

Antara perubahan tersebut adalah ketawa sorang2 dan tanpa sebab, perbuatan yang berulang-ulang dan kadangkala hyperaktif. Tetapi perubahan yang paling ketara adalah apabila dia mengalami stress selalunya disebabkan perkara yang remeh seperti lama menunggu aku membeli-belah, lama menunggu pesanan makanan sampai dan tidak dapat apa yang diingini seperti KFC dia akan terkena sesuatu simptom yang aku sendiri sukar nak jelaskan. Apa yang boleh aku gambarkan adalah matanya kelihatan tidak fokus dan dia tidak dapat berkomunikasi dengan keadaan sekeliling. Selalunya dia akan kembali normal selepas bangun daripada tidur. dan oleh kerana itu, ibuku terpaksa menggunakan Diazepam Desitin supaya dia cepat tidur. Kami sekeluarga menggelar simptom itu sebagai 'sawan' kerana tidak tahu terminologi yang lebih sesuai.

Namun apabila dibawa ke hospital, doktor telah menggunakan MRI scan ataupun CT scan ( aku tidak pasti yang mana satu) untuk mengesan adakah adik aku mengalami sawan. Tetapi keputusannya adalah negatif. Semenjak daripada itu, doktor membekalkan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk adikku itu, antaranya adalah Risperdal dan Epilim.

Balik kepada topik asal, apa yang mahu aku sampaikan adalah tentang Epilim. Menurut MIMS, Epilim adalah ubat untuk general epilepsi, separa epilepsi dan bipolar disorder. Disebabkan payah nak terjemahkan, aku sambung dengan bahasa inggerislah.

Epilim is available in form of enteric and chrono tablet and must be swallowed whole, not be chewed or crushed.

Disinilah bermulanya segala persoalan kerana arahan doktor tersebut adalah makan separuh daripada tablet tersebut, dimana tablet ungu itu harus dibelah separuh dan padaku ini akan menghilangkan fungsi enteric coated pada tablet itu. Setelah belajar tentang enteric coated tablet, aku berasa pelik dengan arahan doktor tersebut dan pergi berbincang dengan lecturer yang mahir dengan dosage design. Dia telah mengesahkan keraguan aku dan katanya tiada sebarang pharmacology activity berlaku kerana kandungan tablet itu telah dihadam di dalam perut. Maka maksudnya, sia-sialah adikku menelan ubat siang dan malam dan membazirlah duit petrol ibuku berulang-alik dari rumah ke hospital. maka disini aku menyalahkan doktor yang tidak tahu bagaimana ubat bertindak di dalam badan dan juga pharmacist yang tidak menasihatkan doktor tersebut.

Jadi kesimpulannya, seorang doktor itu haruslah prihatin tentang dosage design yang ada di hospital tersebut. Dan ini juga bermakna peranan pharmacist adalah sangat penting. Kedua-dua entiti ini haruslah bekerjasama supaya objektif medication itu tercapai. Sudah-sudahlah bertelagah tentang siapa yang memainkan peranan yang lebih penting kerana tanpa salah satu daripada dua profesion tersebut, pincanglah health care system. Serahkan saja pada yang pakar, kan senang.





Inilah epilim yang adik aku telan hari-hari sampai sekarang

Saturday, December 27, 2008

Malu weh

Sempena krismas baru-baru ni, aku teringat satu pengalaman aku waktu belajar di matric UIA PJ. Disebabkan aku belajar subjek 'Religions in Malaysia', aku dan beberapa member yang lain telah terpilih untuk pergi melawat gereja. Menggunakan link yang ade, aku telah mendapat kebenaran untuk melawat Saint Xavier's Church yang lokasinya dekat je dengan UIA PJ tu. Sepanjang lawatan aku ke sana, parish priest di situ dengan baiknya memperkenalkan aku dengan seorang brother yang akan mengusher kitorang. Disebabkan brother ni orang sabah dan belajar di Indonesia, die bolehla bertutur Bahasa Malaysia = Bahasa Melayu dengan baik. Legala jugak waktu tu sebabnya aku memang kureng Bahasa Inggeris nih. Banyakla perkara baru yang aku belajar kat sana. Pengunjung-pengunjung gereja tu pula sangatlah over peramah. Aku terpikir kalaula orang islam dan masjid punya sikap mesra pelanggan camni, kan bagus.

Waktu tu, aku berpeluang tengok ritual-ritual keagamaan mereka ataupun dipanggil sacraments iaitu mass di mana dalam ritual ni, roti akan dicelup ke dalam wain mewakili daging dan darah Jesus. Ritual lain yang aku tengok adalah baptism dan confirmation.

Lepas tengok semua tu, brother ni pun cerita la 1 peristiwa di Rom tentang Eucarist ataupun Mass di mana roti dan wain tersebut betul-betul bertukar menjadi daging dan darah dan sampai sekarang masih disimpan dalam muzium kat sana. Yang kelakarnya, brother ni cerita pulak yang darah tersebut apabila dicek, keputusannya adalah darah jenis AB.
Dia pula dengan yakinnya bertanya kat aku, "takde kan darah manusia jenis AB?".
Aku pun senyum jela. Nak jawab ade, takut memalukan die, nak kate takde bagi ajaran palsu la pulak. Hehe, dilema aku sebentar.

Jadi kesimpulannya, walaupun kite nak impress orang lain dengan cerita kita, fakta mesti betul, logik dan scientifically tepat. Kalau kite main tibai je cerita kat orang lain, tak ke malu. Bukan kite je yang malu, agama sendiri pun kene tempias sekali.

Lagi satu kalau kite nak goreng sekali pun, tengok target jugak. Kalau target tu budak sains, tak payahla goreng pasal sains, goreng la pasal benda lain.

Ape pun, aku sebenarnya amatla berterime kasih pada yang terlibat waktu tu. Kalau takde diorang, tak siap kerja kursus aku tuh.




Roti dan wain yang disebut2. 1st time tgk roti tu aku ingatkan gabus


Baby ini sedang dibaptize dengan holy water. Adela terpercik sikit kt aku time amik gambar ni. Tp aku still Muslim ok.

Thursday, December 25, 2008

Tanda-tanda

Just read 1 article:

Tanda2 kecil kiamat

  1. penaklukan baitulmuqaddis
  2. zina bermaharajalela
  3. bermaharajalela alat muzik
  4. menghias masjid dan membanggakannya
  5. muncul kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik?? - x paham
  6. ramai orang soleh meninggal dunia
  7. orang yang hina dapat kedudukan terhormat
  8. ucapan salam kepada orang yang dikenali sahaja
  9. banyak wanita berpakaian tapi hakikatnya telanjang
  10. bulat sabit kelihatan besar
  11. banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  12. banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
  13. negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

So, bersedia sebelum terlambat

Wednesday, December 24, 2008

Kasut and I

Aku memang bermasalah time nak beli kasut. Sebabnya, kat malaysia takde saiz yang lebih kecil dari saiz 4. Maka terpaksela aku keluar dari kedai-kedai kasut tu dengan perasaan kecewa. So, jarangla aku pegi beli n tuka kasut baru. Semua ni menyebabkan aku lebih selesa pakai sandal kalau nak ke mana-mana. Tapi, kat UIA ni wajib pakai kasutla pulak, memang merumitkan keadaan. Aku punyalah pakai stokin tebal biar kasut tak terasa besar tapi tak berkesan jugak. Maka terpaksalah aku bersabar dan melangkah dengan perasaan yang tak best. Ramai jugak yang bagi cadangan suruh aku beli kasut budak2 termasuklah mak aku terutamanya time hari raya. Gila punya sedih.. Ada jugak yang suruh aku letak tisula, kertasla, lagila tak selesa.

Time cuti hari tu aku jumpela 1 kasut ni kat ECM. Aku ingat da cukup kecik, so mak aku pun belikan la untuk aku. Punyala berkobar-kobar aku nak gi kelas dengan kasut baru tu. Tup tup, besar jugak. Haih, hangin betul aku.

So, aku merayu wahai, kilang-kilang kasut kat malaysia ni, tolongla buat kasut saiz 3. Sesungguhnya masih ramai di luar sana yang mempunyai kaki yang lebih kecik dari jangkaan anda. T_T


Kasut Rucini baru aku (touch up sikit)



Kasut yang same



Kasut and I

photographer: rumate aku. terime kasih banyak2

Friday, December 19, 2008

Syhh.. keep it secret.


Today i read this:

Poligami tanpa izin isteri

My opinion:

Yes, it is man's right to marry more than 1 provided that you are 'mampu' enough. But think again are you really that 'mampu'. 'Mampu' is not just about money but also time and many other things. If you are not sure better not because many other bad and worse consequenses may happen just because you have made wrong decision. And sometimes, only the wife knows how 'mampu' the husband is. I'm not merely talking about this because i'm a woman but also because i'm a daughter. I also asked someone about 'poligami sorok2', and the answer is The Prophet never marry the others without telling his wives. So if you say you are following sunnah, follow them completely not just parts of those. And i do think because you do not follow the prophet's way, that's why divorce happens after polygamy and why some women choose to die instead of 'dimadukan', read this. Sometimes you might want to think the other parties' feeling and put yourself in their shoes and you might see things differently.

For you to ponder:

“Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim apabila kamu mengahwininya, maka kahwinlah perempuan lain yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja. Yang demikian itu adalah lebih baik kepada tidak berbuat aniaya.”. – (Surah an-Nisa, ayat 3)

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri(mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.” – (Surah an-Nisa, ayat 129).


Monday, December 15, 2008

Erase your sins


2 days without laptop makes my days so miserable. Don't know what to do I start reading whatever books I found in my room. And suddenly I felt the urge to read a Fardhu Ain book, the book that almost people just take for granted including myself. And 1 part that I read is this:

Cara-cara menghapuskan dosa

1. taubat dengan ikhlas (taubat nasuhah)
2. dengan mengerjakan amalan-amalan baik
3. dengan memperbanyakkan sedekah

4. dengan ditimpa dengan beberapa musibah


As human we cannot escape from committing sins since human differs from the angles who always obey Allah but we human also differs from the devils who always disobey Allah. thus, bertaubatlah sebelum terlambat.. kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang betul2 ingin kembali ke jalan yang benar selagi hayat dikandung badan.

reference: Asas-Asas Fardu Ain
Ustaz Sulaiman Endut

Friday, December 5, 2008

LEMBAP betul

Monsun timur laut yang melanda pantai timur menyebabkan hujan turun dengan tidak henti-henti. Ini mengakibatkan banyak kawasan dilanda banjir termasuklah kawasan tempat tinggal aku di terengganu. Menurut ibuku, sudah berpuluh tahun banjir sebegitu tidak berlaku. Mujurlah aku tinggal di kawasan pantai di mana air bertakung diserap semula oleh pasir dengan jayanya. Namun, tidak semua bertuah seperti aku. Ada rumah yang masih dibanjiri air dan lantas merosakkan landskap rumah, perabot dan juga kenderaan mereka. Semua ini menyebabkan suasana dan persekitaran yang LEMBAP dirasai.

Dakwa penduduk setempat, banjir berlaku kerana kerja-kerja meluaskan lapangan terbang berdekatan yang menyekat laluan air. Ini menyebakan banjir berlaku di tempat yang tidak diduga dan telah menyebabkan orang atasan mengambil tindakan mengorek tanah untuk membuat parit untuk laluan air. Maka aku berkata "LEMBAP betul. dah abis banjir baru nak korek." Macam biasa, sudah terhantuk baru terngadah.

Aku juga mahu merujuk perkataan LEMBAP ini kepada orang yang buat rumah aku. Walaupun aku amat berterima kasih kepada beliau kerana membuat rumah aku, tapi aku harus akui memang LEMBAP dia buat kerja. Pada perkiraan aku, rumah aku takkan siap Disember ini. Bilalah aku nak merasa duduk di rumah baru.

LEMBAP juga boleh didefinisikan untuk seseorang yang agak lambat 'pick up'. Selalunya khalayak akan mengata orang tersebut "LEMBAP ar ko ni".

Kesimpulannya, suasana LEMBAP memang tidak selesa langsung.