Wednesday, March 18, 2009

Walk the talk

Pengata 1: Kau tahu, tadi si polan buat macam tu, macam ni...
Pengata 2: Iye, nama je #######, tapi macam tu jugak..

Oleh kerana perbualan di atas sering berlaku dan juga atas permintaan, aku ingin menyeru: ''walk the talk, please!!"

Terutamanya jika kamu membawa imej tertentu. Kalau kamu hanya bercakap dan menyeru tapi kamu tidak laksanakan, memang orang akan kata kamu. Bukan kamu sahaja yang dikata, kelompok kamu juga akan terkena. Dan itu sudah dikira kamu membawa fitnah pada kelompok kamu. Kamu tahu, perkara kecil pun diambil kira. Dan kerana itu juga, khalayak akan hilang hormat pada kamu.

Bila kamu rasa kamu dikata jangan pula cepat melenting. Selidik dahulu diri kamu, mungkin ada yang tidak kena pada kamu yang kamu tidak sedar. Jika betul, kamu patut berterima kasih pada yang mengata, sekurang-kurangnya kamu boleh baiki diri semula. Kadangkala, kamu tahu mengapa kamu dikata? kerana kamu sepatutnya lebih bagus dari yang mengata, tapi kamu pula sebaliknya. Agak susahla mereka ni nak tegur kerana status kamu yang tinggi tu. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Mesej ni aku sampaikan pada diri aku juga. Moga kita saling ingat mengingati.

Monday, March 9, 2009

Aku beranak??

Takde ribut takde petir, tiba-tiba aku dikurniakan 3 anak!! Memang pelik dan ajaib. Semuanya bermula dengan satu perpisahan dan akhirnya diganti pula dengan pertemuan-pertemuan yang lain. Walaupun sebelum ni aku nekad tidak hendak, tapi kalau dah ditakdirkan dan dijodohkan, dapat juga. Oleh itu, marilah aku perkenalkan anak-anak aku nih:



Haha, macam mana? Comel bukan. Tapi, mereka ni masih belum bernama, kerana aku tiada idea lagi. Sape-sape yang bermurah hati, cadangkan la nama yang best lagi unik. Sekarang ni aku rasa macam ibu kehilangan anak, uhh… rindunya aku walaupun berpisah tak sampai sehari pun. Dapat dengar suara kat telefon pun masih tak mengubat rindu,aceh..

Cumanya aku bimbang diorang ni tak tahan lama sebabnya mereka ni baru lahir dan ditinggalkan ibu. Bukan manusia saja yang buang anak tahu. Kerana aku masih mentah dalam selok-belok menjadi ibu, aku memang buta bab-bab nak menyusukan diorang ni, lagi-lagi pula mereka ni tak nak minum susu cap tepung tu. Terpaksalah aku memberi mereka minum dengan cara paksaan dengan menggunakan picagari. Riuh satu rumah jadinya. Err, parenting ade ajar semua ni ke? Sape-sape yang expert dalam penjagaan newborn kitten ni, bagila tips-tips berguna. Moga-moga mereka dapat survive dan melepasi waktu-waktu kritikal mereka ni dan seterusnya dapat membesar menjadi seekor kucing yang berguna kelak. Err, ape maksud kucing yang berguna?? Ape2lah.




Keletihan selepas bergelut waktu dipaksa minum susu

**tikah, ni sume aku yang punye tau, wahaha**

Thursday, March 5, 2009

Mahu tahu mengapa?

Tahukah kamu, Islam dipandang hina di serata pelosok dunia. Jika kamu tidak tahu, sedarlah kamu. Kita sering berkata Islam agama paling sempurna, guna logik pun sudah tahu. Tapi mengapa masih ramai yang mengutuk dan menghina, tak berfikirkah mereka, takde akal ke?

Menurut pembacaan, mereka membenci bukan pada agama, tapi apa yang dilakukan oleh orang yang beragama. Jadi jelaslah yang memfitnah agama bukan orang lain, tapi kita sendiri yang membawa fitnah. Ayat di bawah aku petik dari sini:

"Lets take the whole world. Where do Muslims mostly reside? Afghanistan, Pakistan, India, Middle East, South Asia. Thats where the majority lives. Muslims in Afghanistan want peace, but at the cost of America. Muslims in Pakistan hate America and they openly admit it. Muslims in India, well they hate their own country and love Pakistan more. That, I've heard with my own goddamn ears. Not all of them of course, but most of them still wish to migrate to Pakistan to their "Muslim brothers". Muslims in Middle East play with riches, they don't have anything to do with America and any other country. In fact it is the opposite, their economy is more stable (they are not richer than America) than America. So, they don't have any reason to hate them. Muslims from South Asia fight among themselves all the time, so they don't have time to hate others."

Tidak terasakah kamu? Bukan hanya di south asia, di semua tempat muslim bertelagah. Sudah-sudahlah bertelagah isu yang seciput itu. Orang lain sudah ke bulan lama dahulu, kamu sama kamu masih di takuk lama, masih lagi bertengkar tak sudah-sudah. Cubalah keluar dari "the nothing box" tu, takkan ruginya..

*Jika kamu hebat agama, kenapa tidak kamu bidas pembenci dan pendebat yang menghina Islam di luar sana. Apa kata kita jadikan internet ni medan untuk menaikkan semula maruah yang dihina. Mungkin ada hasilnya..

Wednesday, March 4, 2009

Keceluparan

Kadang-kadang memang aku selalu terlepas kata. Sudah terkata tak boleh nak buat apa. Agaknya aku perlu lebih berhati-hati bila berkata-kata. Malah sering aku ingatkan diri think before you speak. Tapi kadangkala impulse ke neuron di mulut lebih laju dari impulse pergi ke otak. Mungkin ada shot di mane-mane.

Namun padaku, kadangkala perlu juga kita bersuara. Kalau asyik pass saje, baik tak payah ade. Apapun, jika aku tersalah kata, mungkin teguran anda berguna. Terima kasih pada yang ade menegur.

Namun, mungkin ada juga baiknya atas keceluparan aku ini. Sekurang-kurangnya aku tidak cakap belakang, mengate-ngate. Tidak guna jika kamu mengumpat saja, akhirnya sendiri dapat dosa, masalah tak selesai juga. Disebabkan keceluparan aku juga, mungkin ada perubahan di masa mendatang. Tidak perlulah lagi kita memendam rasa. Harap-harap apa-apa yang dijanji dapat dikota.

Sebenarnya bukan aku mahu meng'attack' sape2. Cuma aku pernah suarakan pada yang sepatutnya, tapi dia pula malu-malu mahu jadi pengantara. Mungkin juga waktu itu suaraku dirasakan tidak sepenting mane. So aku gunalah medium yang tersedia. Mungkin cara aku tak kena, so maafla ye...

Monday, March 2, 2009

Inhaler for athma

Disebabkan ayah aku menghidapi athma, aku dapat bayangkan betapa seksanya kalau serangan athma itu berlaku. Kalau ayah aku terkena serangan athma, satu rumah terkena lelahnya. Satu rumah boleh dengar betapa sukarnya dia nak nak bernafas dan terbatuk-batuk. Bunyi pernafasan itu dipanggil wheezing. Athma itu adalah suatu syndrom di mana salur pernafasan itu tersumbat disebabkan pengecutan bronchus dan juga rembesan mukus.
Secara umumnya, ada 2 jenis ubat yang diindikasikan untuk athma iaitu
  1. bronchodilator - beta2 receptor agonists, xanthines, muscarinic receptor antagonists
  2. anti-inflammatory agent- glucocorticoids, cromoglicate, leukotriene receptor antagonists
Apa yang perlu kamu tahu adalah
  1. beta2 receptor agonists adalah 1st line drugs diikuti dengan xanthines dan muscarinic receptor agonists iaitu 2nd line drugs
  2. perlu diingat, glucocorticoids inhibit enzyme phospholipase A dan leukotriene inhibit receptor leukotriene.
  3. kalau mahu senang, lihat gambar di bawah
  4. oral steroids hanya digunakan untuk severe athma kerana side effects yang serius






Disebabkan masa yang terlalu terhad dan kerja yang membukit dan menggunung, aku tak sempat cerita tentang inahaler jadi aku persembahkan video ini sahaja. Kepada para future pharmacists, termasuk juga doktor-doktor, ambil iktibar ye, jangan ambil sambil lewa sahaja. Ia sangat penting okay..