Sunday, November 9, 2008

Tahu versus Ingat

Sekadar gambar hiasan

Bile tiba masa exam, ramai la sahabat2 seperjuangan merungut "tak ingat", "blank la time exam", "da bace, tp tak ingat langsung", "macam mane ni susah la nk ingat", ade pulak yang hafal sebijik-sebijik macam dalam slide, siap ngan turutan yang tepat lagi jitu. Bile tanye, tak tau pun ape bende yang dia hafal tu. aku memang tak boleh nak hafal, so kadang2 ade la problem sikit2 (dan kadangkala banyak) masa menjawab soalan exam.

Bila dengar rungutan2 tu, aku teringat perbualan aku ngan sorang pensyarah aku, seorang doktor yang juga seorang pharamacologist. Aku mengadu yang walaupun aku dah baca sebelum lecture dan selepas lecture, dan baca lagi sebelum exam, siap buat mind map, still time exam lupa jugak. apa kes??

Doktor tu pun kate: "yang kamu ingat buat ape?? memang la kamu lupe... kalau kamu tahu dan faham kamu takkan lupe.. sebab tu la saya tak bagi slide powerpoint saye, kalau tak, memang sebijik jawapan kamu dengan slide saya."
Haha, terkedu dibuatnye. Mana taknye bile dapat je slide lecturer memang tak buke buku dah. Rujuk slide je la..

So aku pun berazam tak nak bergantung kt slide lecturer semate-mate, cari info dari sources lain jgk. Tp hakikatnya memang susah la jugak, yelah banyak kene korbankan, mase dan tenaga nak pegi library.

Cakap pasal library, aku teringat doktor ni pun pernah cakap: library kita ni kosong manjang, tak pernah saya tengok kat universiti mane2 untuk undergraduate program library takde student kecuali time exam. pelik2..

So, azam ke2 aku, nk jadi pengunjung setia library, moga2 aku istiqamah la pasni...

Jadi, kate azimat yang aku dapat simpulkan:
"Kalau aku ingat aku akan lupe,
Tp kalu aku tahu dan aku faham aku takkan tak tahu dan takkan tak faham"


Ark.. susahnya nak realisasikan.....

1 comment:

Amin Mansor said...

btl2.stuju amal ckp tu.Faham lebih penting dari hafal. My rumate a.k.a our best student midsem lps, die faham je. pas2 baru hafal nama2 drug yg pelik....