Sunday, November 9, 2008

Detektif Conan Vol. 62



Jumaat lepas 7 Nov 2008, ketika berjalan-jalan di megamal sebaik saje habis periksa pathology, sudah menjadi kewajipan bagi aku untuk menjenguk kedai-kedai buku dan termasuklah kedai komik. Maka terpandanglah aku pada komik Detektif Conan terbaru versi bahasa melayu yang dah lame aku nanti-nantikan. Aku pun teruslah beli dan bace mase tu juga. Sampai bilik je aku pun ulang sekali lagi dan mengulang lagi keesokan harinye. Khatam banyak kali pun memang takkan puas kalau bace komik.


Terdapat 3 kes dalam komik Vol. 62 ni. Kes pertama merupakan sambungan kepada vol. 61 di mana seorang lelaki dituduh membunuh majikannya padahal kawan dia yang bunuh. Tapi macam biasa Conan dapat selesaikan lebih awal lagi.


Kes ke2 memang syok habis dan aku suka sangat bila mana Conan tersilap makan ubat demam yang diberi oleh Prof. Agasa yang sebenarnya antidote untuk dadah APTX 4869 yang masih dalam peringkat percubaan dan mengalami perubahan fizikal semula kepada Shinich Kudou. Memang kalut habis, dan bertambah kalut lagi apabila Shinichi hilang dan muncul semula tapi dia dah mengalami hilang ingatan dan menjadi suspek utama cubaan bunuh. Aik, apa dah jadi... wahaha memang gila suspens...


Kes ketiga masih belum habis, hanya menceritakan seorang lelaki yang mati memandu kereta??Bila dan bagaimana mangsa dibunuh??


Tak sabarnya aku nak bace komik seterusnya.. memang sugoi..


p.s: aku menyampah tengok laki2 muslim yang merayap-rayap di supermarket2 walaupun jam tangan ataupun jam kt hp jelas menunjukkan sembahyang Jumaat dah bermula... ramai sungguh orang islam tak sembahyang rupanye.

No comments: