Wednesday, September 9, 2009

Biadap? Bodoh? Tak bertamadun?


Sila baca
Dan ini kata mereka --> baca

Dan ini pula kata aku:

Aku sungguh sudah muak dengan isu yang sungguh bodoh pada kiraanku. Kebodohan, keangkuhan, kedengkian terpancar dari setiap gerak laku manusia yang mana darah keturunannya juga mengalir dalam setiap pembuluh darahku. Aku bukan orang lain, aku wujud dari darah kamu (indonesia) dan darah mereka (malaysia). aku sungguh tak mengerti ke mana hilangnya sikap tolak ansur, ke mana hilangnya budi pekerti, ke mana hilangnya sopan santun. Aku sungguh tak faham adakah otak dan akal yang dianugerahkan kepada hanya insan itu digunakan sepenuhnya. Tidak adakah tatabahasa selain maling, curi, rompak dalam kamus otak mereka. Manusia hidup di bumi bersama dan berinteraksi sesama mereka. Jikalau dahulu, manusia berperang kerana perbezaan antara mereka, tapi kini kita pula mahu berperang kerana kita serupa. Sungguh menyedihkan. Kita hanya berbeza oleh tanah yang hanya nama berbeza, tekstur dan fizikalnya sama. Sebelum tanah ini diberi nama, kita adalah kita, kamu adalah aku dan aku adalah kamu. Sejarah manusia bukan hanya bermula berdekad dahulu, sudah berabad dan lebih dari itu. Oleh itu, kenapa tidak panjangkan fikiran kamu, luaskan pandangan kamu, fikirkan kenapa dan logiknya aku, kamu dan mereka iaitu kita serupa dan hanya sedikit berbeza. Sesungguhnya aku juga sebahagian dari kamu. Kamu mencerca, tapi akhirnya kamu sendiri yang kena.

Kata-kata hari ini:

"Jika kamu mahu usir orang asing dari tanah kamu, kenapa tidak panggil pulang orang kamu dari tanah asing dahulu?"

No comments: