Friday, June 24, 2011

Fantastic Children

Minggu lepas aku dan rakan2 pergi ke UIA kuantan untuk settlekan clearance. Alang-alang pergi Kuantan singgah la sekejap kat kedai buku Popular kat berjaya Megamall. Aku pun belek2 vcd anime lat situ, terpandangla vcd Fantastic Children. Dah lama gak aku nak cari cerita ni, sempat tengok sekejap je kat animax dulu, aku pun belila satu.

Sampai je Terengganu, aku terus habiskan 2 hari 2 malam melayan cerita anime 26 episod ni. memang terbaiklah.

Fantastic children ni adalah cerita sains fiksyen megisahkan sekumpulan budak-budak berambut putih bermata biru yang sebenarnya adalah saintis-saintis dari planet lain yang muncul di bumi dari tahun 1948 hinggalah tahun 2012. Sepanjang diorang berada di bumi, jejak-jejak budak-budak ni banyak dicatat dalam sejarah dan diorang sentiasa muncul berupa budak-budak berumur 11 tahun sehinggakan seorang saintis terkenal pada zaman tu hampir gila apabila dia dapat menjejak kewujudan mereka ni. Saintis tersebut menggelar mereka befort children.

Befort Children

Budak-budak ni muncul di bumi membawa misi penting iaitu untuk mencari puteri planet mereka yang bernama Tina. Sepanjang hampir 5 abad, mereka tak berjaya menemui Tina tepat pada waktunya, tapi akhirnya pada tahun 2012 misi mereka tercapai dengan bantuan seorang budak lelaki bernama Tohma. Waktu ni Tina dikenali sebagai Helga.

Tina, Tohma, Helga

konsep penting yang dibawa dalam anime ni adalah reincarnation di mana apabila seseorang mati roh tersebut akan dihidupkan dalam badan yang lain dalam kehidupan akan datang dan memori kehidupan lepas selalunya hilang. Sebab tu bukan senang nak cari Tina disebabkan sepanjang 5 abad pengembaraan budak-budak ni, roh Tina selalu bertukar-tukar badan. Clue yang ada hanyalah gambar yang selalu Tina lukis iaitu bulan dan pemandangan di planet asal beliau. Malah Tina pun tak tahu kenapa dia selalu lukis benda yang sama. Sepanjang 500 tahun kat bumi, budak-budak ni dah reincarnate beberapa kali tapi memori diorang dapat dikekalkan menggunakan rod memori yang diorang cipta.

lukisan Tina

Konflik dalam cerita ni,
1. ayah Tina adalah raja di planet asal, pastu adik die dengki so die nak rampas takhta
2. saintis-saintis di planet asal menkaji pasal life after death, pastu boleh cari roh yang dah mati dan masukkan ke dalam badan palsu, so kira macam fake reincarnation
3. Tina mati sebab diserang adik raja, so raja suruh saintis hidupkan semula Tina guna fake reincarnation. tapi badan tina jadi tak stabil, dan membahayakan planet. sebab tu tina di hantar ke bumi, supaya di bangkitkan semula guna badan yang asli.
4. adik raja di expel dari planet tersebut dan dia ke bumi nak cari Tina supaya boleh jadi senjata untuk ambil alih takhta

Bagi aku cerita ni memang awesome. Yang paling aku suka dalam cerita ni adalah lagu dia, memang best. Pastu pulak macam mana diorang kaitkan kisah-kisah diorang sepanjang 500 tahun kat bumi dan kehidupan diorang kat planet asal. Ada jugak yang sedih di mana ada sepasang kekasih dalam kumpulan saintis tersebut terpaksa berpisah selama-lamanya walaupun sepatutnya kat planet asal diorang lagi seminggu je diorang nak bertunang sebelum terjadinya tragedi.

Lukisan dia memang agak so-so. tapi bagi aku kalau lukisan tak lawa tapi cite best aku tak kesah..



No comments: