Kejadian 1 - Langgar lari
Pada pukul 2 pagi sabtu lepas di Kuantan, sebuah kereta BMW hitam yang tak sempat nak brek ketika lampu isyarat merah telah menyondol kereta kelisa putih di hadapannya di mana berada sebelah kereta yang aku naiki. Disebabkan inertia yang tinggi, kereta Kelisa tersebut tertolak ke hadapan dan telah memberi ruang untuk kereta BMW itu cabut lari. Namun oleh kerana pemandu kereta BMW itu agak lembap melarikan diri, aku berjaya menghafal no plat kereta tersebut. Apa lagi, aku pun bagitau lah pada pemandu kereta Kelisa. Padan muka. Kalau tertangkap 3 kesalahan boleh didakwa: langgar lampu isyarat merah, langgar kereta depan dan cabut lari pulak tu.
Pengajaran: 1. kalau agak2 rasa nak langgar lari kereta orang, cabut la no plat kereta tu awal2.
2. kalau refleks anda lembap, toksah larilah. Terima jelah hakikat anda kena bayar ganti rugi
Kejadian 2 - PLKN
Ketika di Kuantan, tiba-tiba ayahku menelpon:
Ayah: Ca'i mana?
Aku: Kat umah la, Ina kat kuantan ni. Nape?
Ayah: Ada surat sampai. Ca'i kena pegi PLKN
Aku: Apa?!!
Hahaha. begitulah ceritanya. Sejak PLKN ni dimulakan, macam2 hal kedengaran. Ada yang tak boleh pergi sebab ada anak kecil lah, kena sara keluarga lah. Padaku, sepatutnya pihak PLKN perlu ambil tahu siapa yang dia panggil. Memanglah pemilihan peserta dilakukan secara rawak, Tapi janganlah pula main tembak. Tembak-tembak tak kena sasaran buat apa. Kan menyusahkan orang. Membazir duit pos dan tiket bas pulak tu. kalau penyelidikan terperinci tentang peserta dilakukan terlebih dahulu, bukankah lebif efisien.
Ini yang aku maksudkan perbuatan berulang-ulang.
Cuba bayangkan ca'i pakai baju PLKN sambil terlompat-lompat.
Adeh.. sakit perut ketawa.
Kejadian 3 - Silap cakap
Aku pulang semula ke Terengganu hari Ahad 6.30 petang, tapi bas ekspres Transnasional datang pukul 7 malam (1/2 jam tu aku tunggu). Oleh kerana hari tu aku cuma ambil lunch, pedih perut menahan lapar sepanjang 4 jam perjalanan. Sebaik sampai, aku minta ibuku singgah di Noodle Station- salah satu restoran feveret aku di bandar K.T. Niat hati nak bungkus mi kari. Masuk2 je aku dengan yakinnya bertanya:
Aku: Bang, take over boleh?
Abang kedai: ha?
Aku: Take over, boleh tak?
Abang kedai: ??? (buat muka bingung)
Aku: (apsal orang ni cam blur je, ahh bahasa melayu jela)
Bungkus2, boleh tak
Abang kedai: Oo.. boleh2.
Sambil aku menunggu pesanan, aku pun berfikir, Apsal la orang tu blur dengar aku cakap. Salah cakap ke. Tapi take over tu bukan ambil alih ke. kalau bukan take over ape pulak ek? Puas berfikir aku tak jumpa perkataan sepatutnya.
Keesokannya, tengah breakfast tiba-tiba aku teringat. La.. take away rupanya. Ceh buat malu je. Aku sambung breakfast sambil tersengih-sengih.
5 comments:
ahahahaha~
kesah 1 ; jahat nye kete BMW tu..org kereta kelisa tu cerdera x?
smlm kt area umah kte ade langgar lari gk..mula2 pakcik ni terjatuh dr motor (jalan licin sbb hujan),xsempat pakcik tu nak bangun,ade kereta langgar die n lari..akhirnye pakcik tu meninggal dunia..
kesah 2; da apply utk mengecualikan ca'i dr PLKM ke?
kesah 3; wakakakakaka~ nak tumpang gelak bole?awk nk take over watpe mal..nk wat praktikal kt kedai tu ke?haha
erk..panjang gile komen!sorry babe~
Aduuui la. Camne la PLKN neh!! Sian ha ca'i wlaupon nampak seronok.
kesah 3 tuu..haha. Entah ape la pulak yg waiter tu ckp blkg kao ble kao da balik. Hehe~
Amalina, tergelak ana baca cerita no tiga nt tu.. tak tahan
Salam singgah... Video tu senaman apa ya? He5... Mcm plik.... =P
iqalias
1.mmg jahat
2.surat tu ada kt sor insan kat s'ngor. kalau ade pape diela kena
3.jadi tukang cuci boleh le
shamel
1.mmg hobi die lompat2 tu
2.waktu tu nak tutup kedai dah. xsempat diorg nak ngumpat pon
3p4h
jgn xtau. dah kurg obes die asyik melompat je keje
Post a Comment