Sunday, May 10, 2009

Dilema Cik H


Kali ini aku mahu meluahkan kerunsingan aku mengenai satu makhluk Allah ni - Helminths ataupun aku gelar cik H

Trauma
Semenjak kecil lagi aku memang dah takut pada cik H. Semuanya bermula begini: Aku dulu dibesarkan di kawasan kampung di sungai buluh, Selangor. Ayah aku tukang rumah waktu tu. Tau-tau jelah tukang rumah, rumah orang dia siapkan rumah sendiri ala-ala kadar jelah.Jadi kadang-kadang ade jugak terjumpa dengan cik H ni kat bilk air, selalu aku sembur je air. Hanyut lah dia.
Satu hari aku nak memberus kasut sekolah guna berus sabut. Tengah syok memberus, tiba-tiba aku perasan ade benda tenung aku. Rupa-rupanya cik H tengah mengintai aku di sebalik berus sabut tuh. Ha, menjerit sakan aku dibuatnya.
Semenjak hari tu, aku tak berani nak tengok gmbar cik H. Malah, berus sabut pun aku tak pernah pegang smpai sekarang. Masa belajar microb aku memang tak baca langsung pun pasal helminth. Tu pasal result pun teruk.

Assignment
Beberapa hari lepas, pharmacist tempat aku buat praktikal suruh aku buat research pasal antihelminth. Punyalah aku berhati-hati meng'google' supaya tak terserempak dengan cik H. Lepas aku present, pharmacist ni pun tambahlah sedikit sebanyak pasal anthelminth. Katanya perlu ambil setahun sekali dan tiada alternatif lain. Tergamam aku dibuatnya.

Deworm
Aku sebenarnya sudahbanyak kali berfikir panjang pasal benda ni. Tak makan ubat bahaya, makan pulak takut. Mau nangis aku dibuatnya. Aku tak sanggup menghadapi kemyataan yang aku perlu expel kan cik H dari GIT aku. aku amatlah takut dan amatlah geli. Kenapalah habitat kau di GIT wahai cik H. Aku lebih rela dibedah.... Apa patut aku buat.... wuhuhu...

No comments: