Saturday, February 14, 2009
Cebisan Yang Hilang
Usai saja peperiksaan, aku pastas menilai yang usaha aku masih belum cukup. Pastinya ada kekurangan di mana-mana. Aku mula mencari dan menyelidik di mana celanya. Sebelum kelas, aku sudah buat pre-study supaya pembelajaran esoknya tidak terlalu asing. Di kelas pula, aku cuba pastikan aku faham semuanya walaupun ada subjek yang perlu difahami lebih mendalam. Aku juga sudah mengulangkaji apa yang aku pelajari di dalam kelas sebelum musim peperiksaan tiba. Malah, aku cuba ungkitkan persoalan-persoalan yang perlukan kemahiran akal. Jika sempat, aku akan mencari lebih maklumat dari buku-buku rujukan. Aku juga sudah kurangkan masa aku dari 50% study buku, 50% study komik ke 80% study buku, 20% study komik. Namun, semuanya masih belum cukup. Aku bingung. Di mana kurangnya?
Beberapa kebarangkalian muncul di minda aku. Aku rasalah sebab utama mungkin ke'kurang bergantung'an aku pada Yang Esa. Aku akui, banyak peristiwa menyebabkan aku lebih percayakan logik daripada rohani. Aku lebih selesa pada objektif daripada subjektif. Maka aku kurang beri perhatian pada hati. Aku perlu berusaha supaya aku lebih dekat padaNYA dan lebih banyak bergantung padaNYA. Aku sedar, DIAlah penentu segala.
Aku perlu sedar usaha aku saja aku tidak akan mampu. Ada kuasa lain yang lebih besar yang menentukan. Sesungguhnya, usaha + tawakkal + doa + redha barulah ada keberkatan.
Setelah melalui pahit getir dalam seminggu ini, aku juga sedar, belajar berkumpulan lebih efektif dan lebih tahan lama. Maka aku mahu laksanakan strategi baru. Aku mahu mulakan belajar berkumpulan. Bukan aku saja dapat manfaatnya, orang lain pun terima hasilnya. Aku juga mahu mencipta kod-kod rahsia untuk subjek yang memerlukan tahap ingatan yang tinggi. aku memang fail bab hafal-menghafal ni. Dari pemerhatian dan pengalaman, cara begini lebih menyeronakkan. Oh ya, terima kasih pada pencipta-pencipta kod yang kreatif, kod anda memang membantu, tapi perlu masa nak decipher kod2 tersebut.
Moga aku terus tabah mengharungi separuh semester lagi.
Moga aku tabah menerima keputusan exam nanti.
Yang sudah berlalu biarkan berlalu, di depan banyak lagi yang menanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
nk join jgk study group tu boleh?serius ni. weekend kat lib?
bagus amal.. budaya muhasabah ini sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah.
Kalau dekat akhirat pun kita boleh jugak tgk apa yang kita buat tapi dah tak dapat nak baiki dah..
Jd, kejayaan melihat kembali apa yang telah dilakukan adalah kejayaan yang besar..
tak semua orang sanggup menilai kembali apa yang telah dia lakukan selama ini
hurm..
kagumnya!awak sgt rajin!
rajin yg tak mungkin kite mampu..jeles!
gudlak for the results..
doakan kite jgk..
p/s:mmg perlu rsnya study grup tuh!mahu join kamu bole?xbole xpe...hehe~
amin mansor n eqalias
kalau aku ble j, xde hal. tp setakat ni br jumpe satu member. so kne consider pndapat die jgk. stakat ni br bincg scare informal n nk laksanakan pun scare informal. aku nk start isnin nih. so xsure ble k x. tp bole dibincang dgn lebih lanjut kot. maybe aku ble asing 2 group, dgn member yg sorg nih, pastu dengan korg pulak. insyaAllah, aku hanya mampu merancang
mutiara bd
trime kasih pada galakan. tp memikir n merancang mmg sng, nak laksanakan agak ssh. moga diri diberi kekuatan
mal,jgn lupa baca buku hati sebening mata air yg kita kasi tu ekk..baca tau!mesti!bab tawakal pun dah ckup..:-)
waa.. sejak ble lak ko jadi kaki nerd nih? ak nak abis satu lect note sehari pun payah, nak pegang buku kne buat war ngan laptop, dlm lect hall pun ak tido.. fullamak.. pehal ko ni? bg petua ckit
my dear sis
bukan nerd la. cume usaha semaximum yang mungkin. petua?? xde kot, cume aku rse perlu determination yang tinggi kot. pastu pulak effort tu perlulah constant walaupun ade obstacles and resistance dalam perjalanan. N cakap mmg mudah, nk buat punye ssh
Post a Comment