Entah apa silapnya, aku tak boleh connect ke internet kerana katanya device not detected. Aku pun pening kepala memikirkan sampai kat kelas pun tak boleh nak khusyuk. Aku terpaksa ponteng 1 kelas sebab nak balik ambil installer. Aku uninstall and install kembali, still tak boleh jugak. Aku tanya pendapat kawan-kawan. Kata mereka maybe sim card yang rosak. maka lepas habis kelas aku pun terus lah pergi Celcom Center, mengharapkan sim card la yang rosak. Di celcom center, orang yang cek nampak macam tak pro je, last-last aku sendiri mintak sim card yang elok, dan cubala pada data card aku ni. Tapi malangnya, masih tak boleh. Jadi aku simpulkan, maybe data card kot yang rosak. Perasaan aku berbaur-baur, sedih ada, bersyukur pun ada. Sedihnya bukan apa, assignment banyak nak kena buat, tapi rosak la pulak modem nih. Tapi takpelah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Nak gembirakan hati, aku pun senaraikan kebaikan disebalik kerosakan data card ni:
- Boleh kurangkan dosa
- Takde godaan yang boleh menyebabkan aku melengah-lengahkan solat
- Lebih banyak masa buat benda lain seperti study dan lain-lain
- Jimat duit
- Duit tu boleh aku beli komik, banyak dah aku tertinggal
- Boleh tidur awal
- Boleh ganti masa internet dengan beriadah
- Tak leka depan komputer lagi. komputer ni bukannya elok pun, merosakkan mata ade
- Lagi 2 minggu assignment nak kena hantar, terganggu la sikit
- Jarang la aku buka blog kelas, ape lagi nak post ape2
- Berkepuk la blog aku nih. maybe aku buat draft dulu, kat KOM baru aku post
No comments:
Post a Comment