Thursday, April 8, 2010

Ujian


Baru-baru ini aku ditimpa ujian dari Ilahi. Sungguh aku kelu dan terkedu, tapi aku cuba gagahkan diri, cuba menahan air mata dari membasahi pipi. Namun segagah-gagah aku cuba berdiri, hatiku tak mahu menyepi, terus membisik-bisik, berdesir-desir membuat aku merasa gundah di hati. Aku sebenarnya sudah puas, sudah rentan diuji begini. Namun aku masih mahu cuba menyelami hikmah di sebalik yang terjadi. Aku cuba mencari punca, cuba mencari sebab mengapa aku diuji.

Mungkin Allah masih menyayangi, mungkin banyak yang perlu dibaiki, banyak yang perlu diubati. Aku akui, mungkin aku terlalu ikuatkan duniawi. apa yang kumahu, semua kan kuperolehi. Namun, mungkinku alpa, jadi Allah mahu kusedari, hidup di dunia bukanlah hakiki.

"Experience is the best teacher".
Selagi kita tak mengalaminya sendiri, kita takkan menghargai, kita takkan memahami. Bukan tidak pernah ku ketahui, sebelum ni banyak sudah yang terjadi. Namun, ku hanya sekadar mampu mendengar, hanya mampu bersimpati. Tapi pabila kita sendiri mengalami, baruku tahu, betapa perit yang perlu ditempuhi. Tapi, selain denau yang harus kulangkahi, aku juga peroleh pengajaran yang takkan kulupa sampai mati.

Sabar dan Redha
Hidup takkan sepi dari diuji. Satu demi satu harus kita lalui. Namun, aku tahu dan percaya, DIA menguji hambaNYA dengan ujian yang pasti mampu dihadapi, untuk melihat seteguh mana iman di hati. Jadi, untuk menerima ganjaran dan kasih dari Ilahi, sabar dan redha harus dimiliki. Usah dikeluh usah dirintih lagi, sungguh Allah sentiasa disisi.

Muhasabah
Kadangkala, musibah diberi untuk diteliti. Adakah kita masih di landasan yang hak, atau sudah tersimpang jauh dari Ilahi. Jika kita perhati dan muhasabah kembali, kita pasti dapat jawapan yang dicari. Maka dapatlah kita memperbaiki diri dan tidak mengulanginya kembali.

Masih sayang
Di dunia serba moden ini, kadangkala kita terlalu busy, hinggakan kita jauh dari Ilahi. Jadi ditimpakanNYA ujian berkali-kali, menyedarkan kita, pada siapa harus ku taruh harapan, ku pinta sokongan. Maknanya Allah sayangkan kita, tidak mahu kita terus tenggelam dengan noda.

Sesuai dengan diri
Nilai harta berbeza-beza untuk setiap insani. Jika Allah mahu menguji, sudah pasti berdasarkan kepentingan harta dimiliki. Jadi usah dipertikai lagi mengapa aku diuji seberat ini.

Hanyalah pinjaman
Kecewa dirasa pabila harta lesap dari mata.Rasa tak keruan tidak terhingga. Sudah-sudahlah, itu sebenarnya bukan milik kita. Ianya hanyalah pinjaman semata dari yang ESA. Jadi, janganlah terlalu berputih mata, bermuram durja. Tuan empunya hanya meminjam sahaja, tiba masa kita pulangkanlah semula.

Sedari kecil sudah kuterapkan kata-kata ini:
" jika kau rasakan masalahmu terlalu berat, sesungguhnya masih ada insan yang masalahnya berkali ganda lagi berat" - Kak Irma
"Apa yang terbaik pada pandangan kita tak sebenarnya baik pada pandangan Allah"

Dari majalah mingguan wanita
"setelah berlapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan.
Setiap yang hilang ada pengganti, dalam kesulitan ada kemudahan, setiap kegelapan ada terang benderang, dan setiap pengorbanan ada ganjarannya. Hanya masa yang menentukan kerana Allah mahu menguji tahap kesabaran dan keimanan kita"

See, duhai hati, sesungguhnya jadi Muslim itu tidak rugi. Walau setajam mana jalanan berduri harus dilalui, percayalah Allah sentiasa memerhati dan sentiasa di sisi. Jika iman tebal di jiwa, insyaAllah ada ganjaran untuk kita.

Tuesday, April 6, 2010

Long hand


Long hand or in Malay panjang tangan is a simpulan bahasa for those who like to take other people's things without the owner's permission which also known as pencuri. mereka ni don't care about time when to curi barang. anytime, anywhere they standby all the time.. they also don't care whether the owner will sembahyang hajat or bace yasin or berdoa to the Almighty so that the pencuri will get the balasan later. "so what?" is what the pencuri would say. if only Allah's law is enforced, maybe they won't steal any other orang punye barang anymore because they have serik already since their hands are already cut off.

why i write about this culprit? because my sweetheart, DELL 11z purplish color together with his(his?) new friends, nokia and ZTE modem have been kidnapped by the pencuri. Owh i so pity them. It's okay, maybe our jodoh is meant only for almost a month. I have to let you go because even though i love you all with all my heart, you are only harta dunia, anytime i can find those similar with you. Don't be sad okay.. And for the pencuri, mujurla I'm Muslim, which i believe in qada n qadar, angel of Atid n Raqib, heaven n hell, and prayer of org dianiaya will be granted. So, we may not confront each other in this worldly world, so we deal in the hereafter jela. wait for me at day of mizan okay. ^3^ muah..