Sunday, June 21, 2009

We are all connected

I feel compelled to write about this issue. Actually i want to keep it for independence day, but i think maybe now is the right time.

"We are all connected" - Peter Petrelli
Yes, we are all connected, linked with an invisible thread but we never care. What we care with our naked eyes, with our heartless heart are hatred, differences, colour, race, pride and so many things. Have you ever thought, why we are different? It because the world will be more colorful and interesting that way. And even though we are different we are yet similar. It's so frustrating when we are Malaysian, but we fight each other. Even more disappointing, we claim we are Muslim but we curse each other. How different can we be just because I am Malaysian and you are Indonesian. Please stop the anti Malaysia and anti Indonesia thing.

Let me tell you my story:
My father is Indonesian and my mother is Malaysian. They got married and have three children. My father named us:
  1. Amalina
  2. Atikah Malina
  3. Ashaari Malina
If you notice, all my siblings have MALINA in our name. I once asked my father why he named us so. He proudly said :

MAL for Malaysia
INA for Indonesia

How' that?
So why do we fight? We are brothers.
If there are bad issues let the authorities solve it. They are chosen to do so, we just hope for the best.

And for the non-bumis, years before, i was not recognized as bumiputera because of my father's nationality. And you know, my mother has to spend thousands just for text book and school fees. and it sux. However, now i know that I'm bumiputera, it doesn't make any differences at all. It's still the same. If you work hard enough you will go forward and those who doesn't will be left behind. But still there are some Malays that think they are special so they don't have to struggle. It's really annoying. Hello people, please wake up. you are not special.

And for Iranian, please don't fight just because of political issues. Please realize who your real enemy are . Damn it, I'm so tired of these issues. All of these just show how idiot we are. You shed tears but others laugh at you. How sad.

As conclusion, my favorite song:





Peace for all..

Thursday, June 18, 2009

CalciYum

Ada satu perkara ni memang selalu sangat terjadi pada aku. Dari tahun ke tahun asyik berulang-ulang je. Tapi takpe, aku redha sajalah. Nak buat macam mana, dah memang kenyataan.

Jadi, aku cerita yang baru-baru ini sajalah:

Kes 1
Lokasi: Kelas karate
Bila : Tengah tunggu sensei

Aku : Dik, sensei sampai dah ke?
Budak perempuan: Belum. Kak, akak TINGKATAN berapa?
Aku : *tersenyum (perasan awet muda).Tekalah
Budak perempuan: Tingkatan 3
Aku : Salah. Akak dah 22 tahun (dengan hati berbunga-bunga sambil tersengih-sengih)
Budak Perempuan: La yeke. TINGGI nak dekat sama je dengan saya.
Aku : *Cet punya budak. Perli nampak

Kes 2
Lokasi: Kenduri doa selamat
Bila : selesai makan, nak salam dengan makcik tuan rumah

Mak Aku : Ha.. Ni la anak sulung saya.
Makcik Tuan rumah: Belajar mana, TINGKATAN berapa?
Aku & Mak aku : *tersengih2
Mak Aku : UIA, tahun 2.
Makcik Tuan Rumah: Oo.. Tingkatan 2
Mak Aku : Bukan, tua dah, 22 tahun.
Makcik Tuan Rumah: Lailahaillallah...
Aku : *sengih jelah..

*Sigh
So apa yang boleh aku buat, sabo jelah. Yela, dah ayah dan mak aku bagi recessive trait untuk tinggi, terima jelah seadanya.



Apsal la Calciyum tak wujud lagi time aku muda2 dulu.

Wednesday, May 20, 2009

3 dalam 1

3 dalam satu bukan shampu mahupun kopi tahu tapi aku mahu cerita 3 kejadian yang berlaku pada minggu lepas

Kejadian 1 - Langgar lari

Pada pukul 2 pagi sabtu lepas di Kuantan, sebuah kereta BMW hitam yang tak sempat nak brek ketika lampu isyarat merah telah menyondol kereta kelisa putih di hadapannya di mana berada sebelah kereta yang aku naiki. Disebabkan inertia yang tinggi, kereta Kelisa tersebut tertolak ke hadapan dan telah memberi ruang untuk kereta BMW itu cabut lari. Namun oleh kerana pemandu kereta BMW itu agak lembap melarikan diri, aku berjaya menghafal no plat kereta tersebut. Apa lagi, aku pun bagitau lah pada pemandu kereta Kelisa. Padan muka. Kalau tertangkap 3 kesalahan boleh didakwa: langgar lampu isyarat merah, langgar kereta depan dan cabut lari pulak tu.

Pengajaran: 1. kalau agak2 rasa nak langgar lari kereta orang, cabut la no plat kereta tu awal2.
2. kalau refleks anda lembap, toksah larilah. Terima jelah hakikat anda kena bayar ganti rugi

Kejadian 2 - PLKN

Ketika di Kuantan, tiba-tiba ayahku menelpon:

Ayah: Ca'i mana?
Aku: Kat umah la, Ina kat kuantan ni. Nape?
Ayah: Ada surat sampai. Ca'i kena pegi PLKN
Aku: Apa?!!

Hahaha. begitulah ceritanya. Sejak PLKN ni dimulakan, macam2 hal kedengaran. Ada yang tak boleh pergi sebab ada anak kecil lah, kena sara keluarga lah. Padaku, sepatutnya pihak PLKN perlu ambil tahu siapa yang dia panggil. Memanglah pemilihan peserta dilakukan secara rawak, Tapi janganlah pula main tembak. Tembak-tembak tak kena sasaran buat apa. Kan menyusahkan orang. Membazir duit pos dan tiket bas pulak tu. kalau penyelidikan terperinci tentang peserta dilakukan terlebih dahulu, bukankah lebif efisien.

Ini yang aku maksudkan perbuatan berulang-ulang.



Cuba bayangkan ca'i pakai baju PLKN sambil terlompat-lompat.
Adeh.. sakit perut ketawa.

Kejadian 3 - Silap cakap

Aku pulang semula ke Terengganu hari Ahad 6.30 petang, tapi bas ekspres Transnasional datang pukul 7 malam (1/2 jam tu aku tunggu). Oleh kerana hari tu aku cuma ambil lunch, pedih perut menahan lapar sepanjang 4 jam perjalanan. Sebaik sampai, aku minta ibuku singgah di Noodle Station- salah satu restoran feveret aku di bandar K.T. Niat hati nak bungkus mi kari. Masuk2 je aku dengan yakinnya bertanya:

Aku: Bang, take over boleh?
Abang kedai: ha?
Aku: Take over, boleh tak?
Abang kedai: ??? (buat muka bingung)
Aku: (apsal orang ni cam blur je, ahh bahasa melayu jela)
Bungkus2, boleh tak
Abang kedai: Oo.. boleh2.

Sambil aku menunggu pesanan, aku pun berfikir, Apsal la orang tu blur dengar aku cakap. Salah cakap ke. Tapi take over tu bukan ambil alih ke. kalau bukan take over ape pulak ek? Puas berfikir aku tak jumpa perkataan sepatutnya.

Keesokannya, tengah breakfast tiba-tiba aku teringat. La.. take away rupanya. Ceh buat malu je. Aku sambung breakfast sambil tersengih-sengih.

Sunday, May 10, 2009

Dilema Cik H


Kali ini aku mahu meluahkan kerunsingan aku mengenai satu makhluk Allah ni - Helminths ataupun aku gelar cik H

Trauma
Semenjak kecil lagi aku memang dah takut pada cik H. Semuanya bermula begini: Aku dulu dibesarkan di kawasan kampung di sungai buluh, Selangor. Ayah aku tukang rumah waktu tu. Tau-tau jelah tukang rumah, rumah orang dia siapkan rumah sendiri ala-ala kadar jelah.Jadi kadang-kadang ade jugak terjumpa dengan cik H ni kat bilk air, selalu aku sembur je air. Hanyut lah dia.
Satu hari aku nak memberus kasut sekolah guna berus sabut. Tengah syok memberus, tiba-tiba aku perasan ade benda tenung aku. Rupa-rupanya cik H tengah mengintai aku di sebalik berus sabut tuh. Ha, menjerit sakan aku dibuatnya.
Semenjak hari tu, aku tak berani nak tengok gmbar cik H. Malah, berus sabut pun aku tak pernah pegang smpai sekarang. Masa belajar microb aku memang tak baca langsung pun pasal helminth. Tu pasal result pun teruk.

Assignment
Beberapa hari lepas, pharmacist tempat aku buat praktikal suruh aku buat research pasal antihelminth. Punyalah aku berhati-hati meng'google' supaya tak terserempak dengan cik H. Lepas aku present, pharmacist ni pun tambahlah sedikit sebanyak pasal anthelminth. Katanya perlu ambil setahun sekali dan tiada alternatif lain. Tergamam aku dibuatnya.

Deworm
Aku sebenarnya sudahbanyak kali berfikir panjang pasal benda ni. Tak makan ubat bahaya, makan pulak takut. Mau nangis aku dibuatnya. Aku tak sanggup menghadapi kemyataan yang aku perlu expel kan cik H dari GIT aku. aku amatlah takut dan amatlah geli. Kenapalah habitat kau di GIT wahai cik H. Aku lebih rela dibedah.... Apa patut aku buat.... wuhuhu...

Tuesday, May 5, 2009

Cet Betul!!!


Evolusi MIRC
Waktu aku mula-mula kenal internet, memang aku ketagih nak berchatting. Biasenye aku chat kt mirc je sebabnya waktu tu aku tak reti english lagi. Lama-lama aku rase bosan. Habis je chatting aku selalu rasa tak dapat apa2 pun.Buang masa je borak dengan orang tak kenal.
Lepas tu pulak aku terjumpa channel untuk main kuiz kat mirc. Melekat la aku kt laptop semata-mata nak dapatkan markah kuiz paling tinggi. Tapi aku tak boleh bagi komitmen sebab aku semakin sibuk.
Last-last aku guna mirc untuk download manga. Punya aku bersungguh-sungguh belajar sendiri camne nak download guna irc. Agak rumit jugak. Sekarang ni pun aku dah lupa caranya macam mane. Tapi oleh kerana dah ade jalan lagi mudah nak download, aku pun tinggalkan je la mirc ni. Tak guna-guna.

Semalam yang bosan
Bosan main internet, aku tetiba teringat kt kuiz mirc. Rasa rindu nak main semula. Aku pun masukla mirc. Tetiba aku tersedar yang aku terlupa la pulak channel ape. Spoil betul. Disebabkan rasa nak main yang membuak-buak, aku pun masukla #kampung. Niat hati nak tanya sape2 yang tahu channel mane nak main kuiz. adela mamat-mamat mane tah nak chat. Mula-mula layan gakla tetiba mulala diorang ni melencong nak ajak buat maksiat. Sengal betul. Syaitan n iblis ni memang ramai share internet dengan manusia kot. Bila aku malas nak layan mulala diorang ni sumpah-seranah, kata aku sakitkan hati diorang. Sungguh aku pelik, tu belum aku ceramah lagi, baru ignore. Memang sudah akhir zaman dunia ni, manusia terang-terangan dan tak malu-malu nak buat maksiat. Nak masuk neraka pun sendiri-sendiri dahla. Heiya. Last-last aku tak jumpa jugak channel yang aku cari. Tapi dapatla satu laman web main game: www.y3.com. Takdela keciwa sangat.

Akhirnya nak dekat maghrib aku try je taip channel #kuiz. Alhamdulillah jumpa akhirnya. Banyak betul cabaran nak main kuiz nih. Kena berusaha dapatkan markah tinggi nih. Basya!!


*aku: ei kucing, jangan la lompat2 kt depan laptop aku. aku nak taip cmne??
kucing taip: p=v-= .v [[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[?
meoongggggggg (bunyi kene lempar)

saja nak selit gamba:
kucing bergayut


kucing tengah merenung nasib
macam kalah kt medan perang

Friday, April 24, 2009

Aku mahu kamu


Oh modem,
Macam mane aku nak mengharungi hari-hari mendatang tanpamu...
Sesungguhnya modem
Engkaulah penghubung aku dan dunia
Tanpamu modem..
Bagaimana mahuku download manga2 dan anime
Bagaimana mahuku baca manga online
Bagaimana mahuku bace blog iiumrx6th
Bagaimana mahuku update blog voices in my head
Apatah lagi tanpamu modem
Bagaimana caranya mahuku bermain friendster dan yahoo messenger
Sesungguhnya modem
Cyber cafe tidak setanding dirimu
Kerna bayaran tidak setanding khidmat yang aku terima
Modem..
Sunguh kau amat penting pada diriku
Sesungguhnya hanyalah engkau yang kumahu
Tetapi apakan dayaku wahai modem
Fulusku di akaun bank semakin mendikit hari demi hari
Yakni aku tidak mampu memilikimu wahai modem
Tunggulah bila JPA scholarship masuk nanti
Kau tetap akan kumiliki
Oh modem...
Sungguh aku mahu kamu



Aku mahu MODEM.... Uhuk.. sedihnya.

Sunday, April 19, 2009

Tidak sempurna


Selesai sudah satu episod dalam hidup aku. Perasaan aku memang bercampur-baur. Aku gembira ia sudah berakhir, tapi kurasakan masih ada yang tidak sempurna, banyak cela dimana-mana.

Semuanya bermula dengan lancar. Aku masih dapat mengikut rentak walaupun masa terasa terlalu terhad dengan tugas dan tanggungjawab yang menggunung walaupun role aku tidaklah sebesar mana. Namun pabila banyak unsur-unsur yang mnyebabkan aku hilang minat dan hilang konsentrasi, aku mula hilang rentak. Semua kurasakan tidak significant lagi. Aku mula menjalani saki-baki sem half-heartedly. Kurasakan badan, mental dan rohani semakin lesu dan semangat yang kubina lenyap ditelan masa. Aku mula terfikir: "Ah, Lantaklah". Tetapi, bukan itu yang aku mahu. Aku mahu mancari apa penawarnya, namun aku buntu. Bagaimana agaknya aku mahu mengekalkan motivasi, semangat dan minat agar sentiasa membara??

Aku tahu yang ikut rasa binasa dan ikut hati mati. Aku tahu yang hidup ini bukan seperti game yang boleh play again and again after game over. Kita hanya punya sekali peluang dalam hayat yang satu ini. Namun, apa patut aku buat pabila perasaan negatif mengatasi perasaan positif??

Pernah ku tanya pada sahabat, katanya perlu ada kekuatan diri. Tapi timbul persoalan baru. Dari mana harus kucari kekuatan itu?? Still, masih buntu

Kesimpulannya, aku kurang berpuas hati dengan prestasi aku semester ni.

Oleh kerana semester sudah berakhir, tamatlah sudah tanggungjawab aku. Seorang sahabat pernah berkata, sem ni agak kelam kabut. Jadi, aku minta maaflah pada segala kekurangan. Sesungguhnya aku sudah meletakkan sepenuh usaha. Itu sajalah yang aku dapat sumbangkan demi semua.

Kuharap sem depan aku lebih competent dan istiqamah. InsyaAllah..