Jam 10 malam ibuku menelefon. Katanya sepupuku punya masalah mengisi borang on line PTPTN. kerana aku perihatin, aku pun menghubungi adik sepupuku itu.
Setelah memeriksa dan menyelidik apa yang patut, nampaknya masalah itu di luar kemampuan aku. Maka aku sarankan dia telefon saja PTPTN. Okay, selesai satu hal.
Kerana aku ambil berat, aku pun bertanyakan kehidupan barunya di Politeknik Pulau Pinang tu.
Jawapan yang kuterima agak menyedihkan aku. Katanya dia cuma makan mi segera untuk beberapa hari kerana perlu berjimat. Keadaan keluarganya yang agak susah membuatkan dia berat hati mahu meminta wang dari keluarga. Wang yang ada sekarang pun hanyalah saki baki simpanan wang gaji kerjanya semasa cuti lepas SPM. Katanya lagi dia tidak tahu dari mana harus dia cari wang jika wang tersebut habis digunakan. Peralatan tulis yang dia ada hanyalah sebatang pen dan sebatang pensel. Katanya dia berputih mata melihat kawan sebiliknya yang lebih senang, punya laptop dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, dia amat berharap permohonan pinjaman PTPTN diluluskan. Kalau tidak, dia memang tidak boleh survive.
Bila mendengar semua ini aku jadi kelu, terkedu dan mati akal. Kalau dia tak cerita, sungguh aku tak tahu. Aku mahu memberi nasihat pun rasanya tidak layak. Mana tidaknya, aku ini sangat pemboros. Tiba-tiba terbit rasa keinsafan. Aku terfikir, berapa banyak wang sudah aku bazirkan kali ini. Tentunya bukan hanya ratusan. Aku kemudiannya merasakan betapa mewahnya hidup aku selama ini. Apa yang aku mahukan pasti aku kecapi, cuma cepat atau lambat saja. Jikalau sebelum ini aku asyik melihat orang yang lebih senang, rupa-rupanya masih ada yang di bawah dan lebih susah. Aku serius menyesal beli jam baru itu. Tidak perlu pun sebenarnya. Kenapalah dia tak telefon sebelum aku beli.
Apa yang aku boleh nasihatkan padanya hanyalah bersabar. Pintalah pertolongan daripada Allah kerana sesungguhnya rezeki Allah itu sentiasa ada. Malah ujian yang DIA berikan berkadar langsung dengan keupayaan hambaNYA.
Aku katakan lagi padanya, sesungguhnya bukan senang nak senang. Untuk mendapat sesuatu, kamu perlu bayar harga yang setimpal. Dan harganya berbeza untuk setiap individu
Kukatakan lagi, kalau mampu, kurangkan peruntukan wang rokoknya. Masih ada yang lebih penting daripada asap dan api yang kamu sedut.
Dan lagi, aku minta maaf, kalau aku mampu aku tolong. Tapi aku ini pun mengharap ehsan JPA. Jadi aku cuba tolong cara lain ya.
1 comment:
very touching story,sgt mengetuk hati kita yg slalu lupa dengan kemewahan yg ada.kita slalu memandang ke atas,tp lupa pd insan dibawah.InsyaAllah,slagi yakin dgn pertolongan Allah,rezeki tu ada dimana2.Moga Allah tunjukkan jalan pada sepupu awak,mudahkan segala urusannya.sama2 lah kita doa.
Post a Comment