Sunday, April 19, 2009

Tidak sempurna


Selesai sudah satu episod dalam hidup aku. Perasaan aku memang bercampur-baur. Aku gembira ia sudah berakhir, tapi kurasakan masih ada yang tidak sempurna, banyak cela dimana-mana.

Semuanya bermula dengan lancar. Aku masih dapat mengikut rentak walaupun masa terasa terlalu terhad dengan tugas dan tanggungjawab yang menggunung walaupun role aku tidaklah sebesar mana. Namun pabila banyak unsur-unsur yang mnyebabkan aku hilang minat dan hilang konsentrasi, aku mula hilang rentak. Semua kurasakan tidak significant lagi. Aku mula menjalani saki-baki sem half-heartedly. Kurasakan badan, mental dan rohani semakin lesu dan semangat yang kubina lenyap ditelan masa. Aku mula terfikir: "Ah, Lantaklah". Tetapi, bukan itu yang aku mahu. Aku mahu mancari apa penawarnya, namun aku buntu. Bagaimana agaknya aku mahu mengekalkan motivasi, semangat dan minat agar sentiasa membara??

Aku tahu yang ikut rasa binasa dan ikut hati mati. Aku tahu yang hidup ini bukan seperti game yang boleh play again and again after game over. Kita hanya punya sekali peluang dalam hayat yang satu ini. Namun, apa patut aku buat pabila perasaan negatif mengatasi perasaan positif??

Pernah ku tanya pada sahabat, katanya perlu ada kekuatan diri. Tapi timbul persoalan baru. Dari mana harus kucari kekuatan itu?? Still, masih buntu

Kesimpulannya, aku kurang berpuas hati dengan prestasi aku semester ni.

Oleh kerana semester sudah berakhir, tamatlah sudah tanggungjawab aku. Seorang sahabat pernah berkata, sem ni agak kelam kabut. Jadi, aku minta maaflah pada segala kekurangan. Sesungguhnya aku sudah meletakkan sepenuh usaha. Itu sajalah yang aku dapat sumbangkan demi semua.

Kuharap sem depan aku lebih competent dan istiqamah. InsyaAllah..

2 comments:

Anonymous said...

betol3!tak tahu la macam mane nak wat bagi consistent...

adek hang said...

Teringin berkongsi ilmu. Xkesah la klo major kte medic,pharmacy, engin ke ape, selagi kte dlm professional field,kte kne ade sikap Begin With the End in Mind. Tau sebab kte mulakan sesuatu n tau ape output n all the obstacles along the road. Jgn ad istilah "I lost sight of my goal", "Im not sure why I'm doing this".

Jom bce ni and gain back ur motivation and courage. http://saifulislam.com/?p=402

Fighting sis!!