Wednesday, March 18, 2009

Walk the talk

Pengata 1: Kau tahu, tadi si polan buat macam tu, macam ni...
Pengata 2: Iye, nama je #######, tapi macam tu jugak..

Oleh kerana perbualan di atas sering berlaku dan juga atas permintaan, aku ingin menyeru: ''walk the talk, please!!"

Terutamanya jika kamu membawa imej tertentu. Kalau kamu hanya bercakap dan menyeru tapi kamu tidak laksanakan, memang orang akan kata kamu. Bukan kamu sahaja yang dikata, kelompok kamu juga akan terkena. Dan itu sudah dikira kamu membawa fitnah pada kelompok kamu. Kamu tahu, perkara kecil pun diambil kira. Dan kerana itu juga, khalayak akan hilang hormat pada kamu.

Bila kamu rasa kamu dikata jangan pula cepat melenting. Selidik dahulu diri kamu, mungkin ada yang tidak kena pada kamu yang kamu tidak sedar. Jika betul, kamu patut berterima kasih pada yang mengata, sekurang-kurangnya kamu boleh baiki diri semula. Kadangkala, kamu tahu mengapa kamu dikata? kerana kamu sepatutnya lebih bagus dari yang mengata, tapi kamu pula sebaliknya. Agak susahla mereka ni nak tegur kerana status kamu yang tinggi tu. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Mesej ni aku sampaikan pada diri aku juga. Moga kita saling ingat mengingati.

No comments: