Friday, April 24, 2009

Aku mahu kamu


Oh modem,
Macam mane aku nak mengharungi hari-hari mendatang tanpamu...
Sesungguhnya modem
Engkaulah penghubung aku dan dunia
Tanpamu modem..
Bagaimana mahuku download manga2 dan anime
Bagaimana mahuku baca manga online
Bagaimana mahuku bace blog iiumrx6th
Bagaimana mahuku update blog voices in my head
Apatah lagi tanpamu modem
Bagaimana caranya mahuku bermain friendster dan yahoo messenger
Sesungguhnya modem
Cyber cafe tidak setanding dirimu
Kerna bayaran tidak setanding khidmat yang aku terima
Modem..
Sunguh kau amat penting pada diriku
Sesungguhnya hanyalah engkau yang kumahu
Tetapi apakan dayaku wahai modem
Fulusku di akaun bank semakin mendikit hari demi hari
Yakni aku tidak mampu memilikimu wahai modem
Tunggulah bila JPA scholarship masuk nanti
Kau tetap akan kumiliki
Oh modem...
Sungguh aku mahu kamu



Aku mahu MODEM.... Uhuk.. sedihnya.

Sunday, April 19, 2009

Tidak sempurna


Selesai sudah satu episod dalam hidup aku. Perasaan aku memang bercampur-baur. Aku gembira ia sudah berakhir, tapi kurasakan masih ada yang tidak sempurna, banyak cela dimana-mana.

Semuanya bermula dengan lancar. Aku masih dapat mengikut rentak walaupun masa terasa terlalu terhad dengan tugas dan tanggungjawab yang menggunung walaupun role aku tidaklah sebesar mana. Namun pabila banyak unsur-unsur yang mnyebabkan aku hilang minat dan hilang konsentrasi, aku mula hilang rentak. Semua kurasakan tidak significant lagi. Aku mula menjalani saki-baki sem half-heartedly. Kurasakan badan, mental dan rohani semakin lesu dan semangat yang kubina lenyap ditelan masa. Aku mula terfikir: "Ah, Lantaklah". Tetapi, bukan itu yang aku mahu. Aku mahu mancari apa penawarnya, namun aku buntu. Bagaimana agaknya aku mahu mengekalkan motivasi, semangat dan minat agar sentiasa membara??

Aku tahu yang ikut rasa binasa dan ikut hati mati. Aku tahu yang hidup ini bukan seperti game yang boleh play again and again after game over. Kita hanya punya sekali peluang dalam hayat yang satu ini. Namun, apa patut aku buat pabila perasaan negatif mengatasi perasaan positif??

Pernah ku tanya pada sahabat, katanya perlu ada kekuatan diri. Tapi timbul persoalan baru. Dari mana harus kucari kekuatan itu?? Still, masih buntu

Kesimpulannya, aku kurang berpuas hati dengan prestasi aku semester ni.

Oleh kerana semester sudah berakhir, tamatlah sudah tanggungjawab aku. Seorang sahabat pernah berkata, sem ni agak kelam kabut. Jadi, aku minta maaflah pada segala kekurangan. Sesungguhnya aku sudah meletakkan sepenuh usaha. Itu sajalah yang aku dapat sumbangkan demi semua.

Kuharap sem depan aku lebih competent dan istiqamah. InsyaAllah..

Saturday, April 4, 2009

Mourning, hiatus and tired

Mourning

Life is short and one cannot survive without mother. That's what I conclude as one of my kitten died last week. This also applies to human as well. So do appreciate what you have and the person you love most before the time come.

Hiatus



Facing the longest season ever: final exam. Really hate this season. I feel the clock hands aren't moving at all. when this suffering will end. Urh.. Anyway, on hiatus right now.

Tired



As i'm tired facing the exam, i'm also tired of waiting and looking. It's already 2 years and nothing happens. I miss my Gi and really want to do kumite and kata. Guess i have to change from shito ryu to another ryu, seems like i have to start from nothing again. Geez, stop wasting my time.