pada 1 ogos 2011, aku dan rakan-rakan telah melapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan telah ditemptkan di HSNZ Kuala Terengganu, dalam 20 minit dari rumah. tapi disebabkan kesesakan di waktu pagi, perjalanan mengambil masa hampir 30 - 40 minit ke tempat kerja. di HSNZ, aku dilokasikan di jabatan pesakit dalam (in-patient department) di mana sebulan pertama aku perlu bertugas di satellite pharmacy tingkat empat.
pengalaman bekerja setakat ini... Hmm, agak susah nak digambarkan. well, mula-mula kerje ni terasa bebalnya diri ini. ini tak tak tau, itu tak tau. tak confident, takut buat salah, takut kene marah sume ade. bercampur-baur. tapi, nak taknak, hidup mesti diteruskan, setahun latihan ni mesti disempurnakan!! get a grip Amalina!!
minggu pertama, aku ditugaskan untuk filling. Pagi-pagi, aku pegi tolong PPF filling UOD. Waktu ni barulah faham apa yang madam rohani duk cite2 bagi ikut frequency bla2. pastu, filling untuk UOU. Pastu tunggu precription dari patient dari kecemasan dan yang discharge dari ward.
Minggu kedua, aku diajar screening dan menguruskan dangerous drugs (DD). aku start screening last day minggu pertama. Mak datuk, punyela slow macam siput. tak tau nak tengok mana dulu, blurla. tapi takpe, start slow.. in fact sekarang ni lepas screen pun aku mintak senior tolong cekkan before bagi ppf untuk buat label. waktu screening ni ade dua bende kene tengok, ubat yang baru nak prescribe dan ubat yang nak disambung. yang penting waktu ni adalah, dose, duration, polypharmacy, renal function bla-bla.
pasal DD, hari indent DD adalah ahad dan rabu. hari pertama memang kusut la. dengan buku indent DD yang banyak dari ward yang banyak, mak aii.. sampai petang tak siap2. proses untuk indent DD: cek penggunaan dalam ward, betul ke tak, kalau dah betul baru kite supply mengikut maksmum stok. setiap kali keluarkan DD untuk satu-satu ward kene catit baki yang tinggal, supaya kalau ade shot senang nak trace. then print receipt, dah siap, panggil la nurse2 dari ward tersebut. kalau ade salah rekod, better bagitau cepat2, supaya nurse cepat2 betulkan and keje kite pun siap cepat, pastu da settle sume, rekod pulak dalam buku DD farmasi.. tadi berjaya siapkan indent DD pukul 3, kire okayla.
setakat ni itu je yang aku baru buat. pasal dispensing, ade isu sikit. aku start dispensing hari kedua, sebab ppf suruh dispense. so aku pun dispensela. tapi actually boss aku tak kasi dispense lagi. so aku stop dispense. pastu aku pegi satellite tingkat tujuh, senior suruh dispense. pastu bile boss aku tau aku dispense, die suruh jangan dispense. Aih.. pening aku.. Haha.
okay, sebagai extra, nak gtau care nk calculate dose syrup untuk pead.
- tanya berat patient
- cek dose kat frank shann
- calculate berapa ml nk suro patient amek
- nk supply berapa? ml tadi darab frequency and duration
contoh:
- berat patient 13kg
- dose untuk pcm 15mg/kg 4H, 13 x 15 = 195mg.
- preparation syrup pcm: 120mg/5ml, so (195mg/120mg) x 5 ml = 8.13 ml
- contoh 195 mg tds x 1/52, so 8.13 x 3 x 7 = 170 ml, satu botol kalau tak silap 60 ml, so 3 botol la..
p/s: klaula ade acad review, instead of mansuhkan midsem exam, better abolish community attachment yang buat setiap tahun tu ganti ngan hospital attachment. seminggu kat setiap department pun jadilah!!